E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 40 Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 197) Pendekatan targhib wa tarhib telah lama diiktiraf sebagai metode dakwah yang seimbang, menggabungkan antara al-bisharah (khabar gembira) dan al-nazhar (peringatan). Kaedah ini berteraskan prinsip bahawa manusia memerlukan motivasi positif dan juga rasa takut kepada akibat perbuatan salah. Konsep Targhib Secara bahasa, targhib bermaksud dorongan, pujukan, atau motivasi. Dalam konteks dakwah, ia bermaksud memberikan semangat kepada manusia untuk melakukan ketaatan dengan menjanjikan ganjaran pahala dan syurga. Antara dalil al- Qur’an yang menggambarkan unsur targhib ialah: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka...” ( al-Hajj 22:27 – 28). Ayat ini memberikan dorongan jelas bahawa ibadah haji bukan sekadar kewajiban ritual, tetapi juga mengandungi aspek rohani, sosial, dan ekonomi bagi umat Islam. Selain itu, hadis Rasulullah SAW turut memperkuatkan motivasi ini. Baginda bersabda: مَنْ حَج فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمهُ Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan rafath dan fasiq, nescaya keluar dosanya seperti baru dilahirkan oleh ibunya.” (Riwayat al-Bukhari (1521) dan Muslim (1530) Hadis ini memberi harapan besar kepada jemaah haji, termasuk wanita, bahawa ibadah haji yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan dosa-dosa lalu, menjadi tarikan rohani yang kuat untuk istiqamah dalam ketaatan. Jemaah haji wanita berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika menunaikan ibadah haji. Oleh itu mereka perlu berjuang dalam melakasanakan semua manasik haji dengan cara yang disyariatkan, seterusnya dapat menghapus bekas-bekas dosa dari dalam jiwa dan memasukkan jiwa ke kehidupan yang baru. Konsep Tarhib Sebaliknya, tarhib bermaksud menakut-nakutkan atau memberi amaran. Dalam konteks dakwah, ia merujuk kepada peringatan tentang azab Allah dan akibat buruk bagi mereka yang lalai atau melanggar perintah. Firman Allah SWT: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=