E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 409 bagi kebangkitan tamadun. Melontar jamrah bagi Bennabi bukan hanya tindakan simbolik melawan syaitan, tetapi juga perlambangan penolakan terhadap sistem sosial yang menindas, ideologi yang menyesatkan, serta kebergantungan kepada kuasa-kuasa luar. Ia adalah bentuk penolakan terhadap sistem kolonial, rasuah dan kemunduran. Tahallul pula ditafsirkan sebagai pembebasan spiritual, satu kelahiran baru umat Islam yang telah melalui proses penyucian fizikal, mental dan rohani sepanjang ibadah haji. Ia adalah detik penting yang melambangkan kesediaan untuk kembali ke dunia dengan misi pembaharuan. Secara keseluruhan, Malik Bennabi menekankan bahawa falsafah haji menyumbang kepada proses pembangunan manusia dan masyarakat Muslim. Ia menjadi wahana untuk tajdid (pembaharuan) pemikiran dan pengaktifan kembali potensi ummah yang lama terpendam akibat beban sejarah dan penjajahan intelektual. Falsafah Haji dalam Modul Kursus Asas Haji Dalam modul Kursus Asas Haji oleh Tabung Haji terdapat satu nota yang menyenaraikan 10 hikmah dan falsafah haji iaitu pengorbanan, pengampunan dosa, persamaan, satu cita-cita, sabar & tabah, mengabdikan diri, fadhilat, melawan nafsu, gambaran kematian & ak hirat, dan persaudaraan/ ta’aruf. Namun demikian tidak ada nota atau perbincang lanjut tentangnya. Foto 1: Nota Slide Kursus Asas Haji Berdasarkan kepada penelitian terhadap kandungan modul KAH, perbincangan tentang falsafah haji adalah terlalu sedikit dan belum mamadai. Jika dikira daripada jumlah muka surat nota slide tentang falsafah haji, kandungannya hanya 0.24% iaitu 1 slide daripada 416 keseluruhan slide. Justeru, artikel ini ingin mencadangkan penambahbaikan kepada bahagian ini kerana falsafah haji merupakan antara aspek terpenting dalam memahami ibadah haji secara menyeluruh dan mendalam. Melaksanakan ibadah haji tanpa memahami falsafah yang terkandung di dalamnya boleh membawa beberapa kesan yang signifikan, baik dari sudut kerohanian individu mahupun impak sosial yang lebih luas. Berikut adalah beberapa kesan utama:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=