E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 39 iaitu dari aspek asas teori dakwah targhib wa tarhib, pandangan ulama dan relevansi dengan matlamat haji mabrur. Targhib memberi motivasi positif, manakala tarhib mendidik dengan rasa takut kepada Allah SWT, sesuai dengan firman Allah SWT: “Dan berilah khabar gembira kepada orang - orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah 2:155) “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu...” (Surah al-Baqarah 2:24) Asas Teori Dakwah Targhib wa Tarhib Definisi Dakwah Pendekatan emosi, pendekatan menggerakkan minda, pendekatan motivasi dan tazkiyah al-Nafs antara pendekatan psikologi dakwah (Fariza 2010) Dalam hal ini, ia juga amat sesuai digunakan dalam kalangan jemaah wanita bagi memastikan kesempurnaan dan kemabruran ibadah haji. Menurut Fariza (2016), elemen ini mempunyai perkaitan dengan ruh yang membezakan antara psikologi Islam dengan psikologi Barat. Justeru, bimbingan dan pendekatan dakwah yang bersifat menyeluruh diperlukan untuk membantu jemaah wanita menunaikan ibadah haji dengan sempurna ke arah memperoleh haji mabrur. Salah satu pendekatan yang signifikan ialah dakwah targhib wa tarhib, iaitu pendekatan yang menggabungkan unsur dorongan (targhib) melalui janji pahala dan motivasi rohani, serta unsur peringatan (tarhib) melalui amaran azab atau akibat kecuaian. Pendekatan ini bukan sahaja menekankan aspek kerohanian, bahkan turut memberikan panduan praktikal dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh jemaah wanita. Al-Bayanuni (1995) menyatakan bahawa dakwah ialah menyampaikan dakwah Islam kepada semua manusia, membimbing mereka kepada Islam dari segi perkataan, perbuatan dan amalan pada setiap masa dan tempat dengan pendekatan tertentu yang sesuai dengan pelbagai sasaran dakwah. Zaydan dalam Usul al-Daᶜwah (2013) menyatakan bahawa dakwah ialah seruan kepada Allah, iaitu kepada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesunguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksanya. (al-Anfal 8:24-25) Dakwah bukan hanya penyampaian lisan, tetapi juga pembinaan rohani, pemantapan iman, dan bimbingan praktikal. Dalam konteks haji, dakwah berfungsi sebagai medium pencerahan hukum, motivasi ibadah, serta sokongan emosi. Ini kerana al-Quran menjadikan pendekatan dakwah targhib dan tarhib pendekatan utama dalam berdakwah kepada sasaran. Asas yang dibina di atasnya iaitu asas kejiwaan dan asas keagamaan. Pendekatan dakwah ini juga terdapat khusus dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Dalam pelaksanaan ibadah haji, jemaah perlu mengelakkan dari melakukan larangan sepanjang dalam ihram sepertimana firman Allah SWT :
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=