E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 4 KATA PENGANTAR II Prof Madya Dr Mohd Rushdan bin Mohd Jailani Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025) berjaya diterbitkan dengan jayanya. Persidangan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains IslamMalaysia (USIM), Pusat Rujukan Ibadat Haji (RAJIH), Tabung Haji, dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Penganjuran Manasik2025 mencerminkan komitmen berterusan pihak fakulti dan rakan strategik dalam memperkukuh wacana ilmu berkaitan pengurusan ibadah haji yang holistik, berintegrasi serta berteraskan nilai naqli dan ‘aqli. Platform ini telah menghimpunkan para sarjana, pengamal industri dan pembuat dasar dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi dapatan kajian, pengalaman serta amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kefahaman manasik haji. E-prosiding ini diharapkan menjadi rujukan penting kepada akademia, penggubal dasar serta pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa ekosistem pengurusan haji yang lebih efisien, lestari dan berdaya saing di peringkat serantau. Semoga segala usaha yang dicurahkan dalam menjayakan persidangan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Manasik2025. Sekian, terima kasih.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=