E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 3 KATA PENGANTAR I Tuan Haji Mohd Hisham bin Harun Pengarah Haji Lembaga Tabung Haji Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, E- Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025) dapat diterbitkan dengan jayanya. Penerbitan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan dalam memperkasa pengurusan serta bimbingan ibadat haji dan umrah melalui perkongsian ilmu, penyelidikan dan inovasi. Penganjuran sulung MANASIK2025 oleh Pusat Rujukan Ibadat Haji (RAJIH), Tabung Haji dengan kerjasama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menzahirkan kerjasama erat institusi dalam memartabatkan ekosistem haji negara dan rantau ini. Bertemakan “Bimbingan Haji dalam Era Kecerdasan Buatan (AI)”, persidangan ini menghimpunkan pelbagai wacana melalui 15 subtema yang merangkumi aspek pengurusan, logistik, perkhidmatan, hukum-hakam serta hal ehwal perlaksanaan haji dan umrah. Persidangan ini bukan sahaja menjadi medan perbincangan akademik, malah platform penting untuk pertukaran idea, pendekatan inovatif dan amalan terbaik dalam kalangan institusi, penyelidik serta pengamal industri di rantau ASEAN. Inisiatif ini mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai rujukan serantau dalam ilmu manasik haji, seiring aspirasi memperkukuh penyelidikan, pemindahan ilmu dan penerapan teknologi moden termasuk AI. Dengan usaha berterusan dan kolaborasi strategik, Malaysia diyakini mampu terus menjadi penanda aras ( benckhmark ) dalam bimbingan haji kontemporari, termasuk mengekalkan pencapaian cemerlang seperti Anugerah Labaytum yang dikurniakan oleh Kerajaan Arab Saudi. Semoga penerbitan e-prosiding ini menjadi rujukan signifikan untuk memperkukuh sistem bimbingan haji yang lebih inovatif, efisien dan mampan. Sekian, terima kasih.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=