E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 5 KATA PENGANTAR III Tuan Hairolanuar bin Mohamad Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, E- Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025) berjaya diterbitkan sebagai wadah ilmu yang signifikan kepada pembangunan pengurusan ibadah haji dan umrah. Penganjuran bersama antara Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Rujukan Ibadat Haji (RAJIH) Tabung Haji dan JAWHAR membuktikan komitmen padu pelbagai pihak dalam memperkukuh ekosistem pengurusan haji di Malaysia dan rantau ASEAN. MANASIK2025 dianjurkan dengan hasrat untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pengamal industri serta peserta mengenai pengurusan haji dan umrah, termasuk isu-isu semasa yang semakin kompleks dan dinamik. Persidangan ini turut menjadi platform pembentangan kertas penyelidikan serta medan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam mempertingkatkan mutu pengurusan ibadah di peringkat serantau. Selain itu, MANASIK2025 memberi penekanan kepada perbincangan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan haji dan umrah serta usaha merangka penyelesaian yang praktikal melalui perkongsian dapatan kajian dan pengalaman oleh pakar serta pengamal industri di rantau ASEAN. Semoga penerbitan e-prosiding ini menjadi rujukan utama dalam memperkasa tadbir urus haji yang lebih cekap, inklusif dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=