E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 398 menekankan kelebihan aplikasi ini, kajian akademik yang mendalam mengenai tahap keberkesanannya masih terbatas. Tinjauan literatur mendapati bahawa walaupun terdapat kajian tentang fatwa digital dan penggunaan teknologi dalam ibadah, masih belum ada penilaian akademik yang mendalam terhadap keberkesanan aplikasi e-Taib. Tambahan pula, belum ada kajian khusus yang menilai aplikasi ini daripada perspektif Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama (ḥifẓ al - dīn), nyawa (ḥifẓ al - nafs), akal (ḥifẓ al - ‘aql), harta (ḥifẓ al - māl), dan keturunan (ḥifẓ al -nasl) (Nor Musfirah Mohamad, Ibrahim, & Asni, 2025; Asar & Abdullah, 2023). Kekosongan ini membuka ruang bagi kajian ini untuk memberi sumbangan signifikan terhadap literatur sedia ada, khususnya dalam konteks penggunaan aplikasi digital untuk bimbingan hukum ibadah haji. (11pt space) METODOLOGI (11pt space) Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang menumpukan kepada aplikasi e-Taib sebagai medium rujukan hukum semasa ibadah haji. Pemilihan reka bentuk ini adalah bersesuaian kerana ia membolehkan penyelidik memahami fenomena penggunaan aplikasi e-Taib secara mendalam, termasuk konteks, pengalaman, serta cabaran yang dihadapi oleh jemaah haji (Creswell & Poth, 2018). Kaedah kualitatif juga sering digunakan dalam kajian agama dan fatwa digital bagi mendapatkan pemahaman kontekstual yang lebih menyeluruh (Rosidi, Mokhtar, & Abdul Majid, 2022). Data dikumpulkan melalui dua kaedah utama, iaitu analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Dokumen rasmi seperti laporan Tabung Haji, garis panduan penggunaan aplikasi e-Taib, serta laporan media berkaitan akan diteliti bagi mendapatkan gambaran umum tentang dasar, objektif, dan fungsi aplikasi. Analisis dokumen membolehkan triangulasi data dilakukan untuk mengukuhkan kesahan dapatan (Bowen, 2009). Temu bual separa berstruktur: Temu bual akan dijalankan dengan tiga kumpulan utama, iaitu jemaah haji yang menggunakan aplikasi e-Taib sebagai responden, PIHTAS Tabung Haji yang terlibat sebagai moderator aplikasi, dan Tabung Haji (TH) Bahagian Bimbingan Haji sebagai pembangun teknikal aplikasi. Pendekatan ini membolehkan penyelidik mendapatkan perspektif yang pelbagai dan lebih kaya tentang pengalaman penggunaan aplikasi (Kvale & Brinkmann, 2015). Unit analisis dalam kajian ini melibatkan polisi dan garis panduan Tabung Haji berkaitan aplikasi e- Taib, data penggunaan aplikasi (seperti kekerapan soalan, waktu capaian, kategori soalan) dan pengalaman pengguna aplikasi, termasuk tahap kepuasan, persepsi kesahihan hukum, serta cabaran teknikal yang dihadapi. Data temu bual dan dokumen akan dianalisis menggunakan analisis tematik, iaitu dengan mengenal pasti tema-tema utama yang muncul daripada data. Proses pengekodan akan dilakukan untuk mengelompokkan data kepada kategori tertentu sebelum membina tema yang lebih luas (Braun & Clarke, 2006). Analisis ini akan berpandukan kepada kerangka Maqasid Syariah, meliputi lima dharuriyyat iaitu pemeliharaan agama (ḥifẓ al - dīn), nyawa (ḥifẓ al - nafs), akal (ḥifẓ al - ‘aql), harta (ḥifẓ al- māl), dan keturunan (ḥifẓ al -nasl). Dengan pendekatan ini, kajian bukan sahaja dapat menilai aspek teknikal keberkesanan aplikasi, tetapi juga memastikan aplikasi e-Taib benar-benar menyokong matlamat syariah dalam ibadah haji (Nor Musfirah Mohamad, Ibrahim, & Asni, 2025; Asar & Abdullah, 2023). (11pt space) ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Data awal menunjukkan sejumlah 3,674 persoalan dikemukakan melalui aplikasi e-Taib. Angka ini menandakan wujudnya tahap kebergantungan yang tinggi terhadap aplikasi ini dalam kalangan jemaah,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=