E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 399 khususnya pada fasa sebelum masyair haji, di mana jemaah banyak memerlukan kepastian hukum bagi mempersiapkan diri. Sebahagian besar persoalan dikemukakan melalui WhatsApp (1,747 persoalan), diikuti bersemuka (1,130 persoalan), telefon (688 persoalan), serta infografik (106 kes tidak faham, 3 kes faham). Dapatan ini sejajar dengan literatur yang menunjukkan jemaah lebih selesa dengan medium komunikasi segera dan mesra pengguna (Rosidi, Mokhtar, & Majid, 2022). Walaupun infografik disediakan, dapatan menunjukkan keberkesanannya masih terbatas dan memerlukan penambahbaikan agar dapat difahami dengan lebih mudah (Syarbaini, 2023). Sebanyak 2,670 persoalan berbentuk pengesahan hukum, manakala 1,004 persoalan berbentuk tidak tahu. Hal ini selari dengan dapatan literatur bahawa jemaah kerap memerlukan bimbingan hukum untuk memastikan tindakan mereka menepati syarak, walaupun mereka sudah mempunyai asas pengetahuan (Research Insights on Online Fatwas, 2024). Data menunjukkan persoalan lebih banyak timbul ketika jemaah berada di Madinah (1,924 persoalan), diikuti Makkah (1,013 persoalan) dan Malaysia (737 persoalan). Hal ini memperlihatkan keperluan hukum yang lebih kompleks di tanah suci berbanding di tanah air. Dapatan ini sejajar dengan laporan Sinar Harian (2025) bahawa aplikasi e-Taib dibangunkan khusus untuk memudahkan jemaah di tanah suci mengakses hukum tanpa kekangan masa dan rasa malu untuk bertanya. Jumlah persoalan paling tinggi adalah pada Sesi 2 (1,790 persoalan), diikuti Sesi 1 (842 persoalan), Sesi 3 (661 persoalan), dan Sesi 4 (114 persoalan). Persoalan di luar operasi adalah 267 persoalan. Corak ini menunjukkan bahawa aplikasi amat aktif digunakan ketika waktu operasi rasmi, namun wujud juga permintaan di luar waktu, menguatkan keperluan agar aplikasi beroperasi 24 jam (Fatwa Communication in the Digital Era, 2025). Dapatan menunjukkan 2,093 persoalan diajukan oleh jemaah lelaki berbanding 1,581 persoalan oleh jemaah wanita. Namun, dalam konteks topik persoalan, isu wanita mencatat jumlah tinggi iaitu 602 persoalan, menunjukkan keperluan khusus jemaah wanita terhadap panduan hukum yang mesra pengguna. Ini selari dengan dapatan literatur bahawa fatwa digital dapat mengatasi halangan malu bertanya secara bersemuka, khususnya dalam isu sensitif (Nurul Lutfiah, 2023). Sebahagian besar persoalan datang daripada jemaah biasa (3,553 persoalan), manakala 121 persoalan daripada petugas haji. Hal ini menandakan aplikasi ini berfungsi sebagai medium sokongan utama untuk jemaah, dan pada masa yang sama sebagai sumber rujukan tambahan untuk petugas agama. Data menunjukkan Zon 1 (ZN01) mencatatkan persoalan tertinggi (451 persoalan) berbanding Zon 2 (ZN02) dengan 222 persoalan. Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan kepadatan jemaah, tahap literasi digital, dan variasi isu ibadah yang dihadapi di setiap zon. Persoalan paling dominan ialah Larangan ihram (896 persoalan), Permasalahan wanita (602 persoalan), Niat ihram (376 persoalan), Dam (309 persoalan), Bacaan doa (263 persoalan), Tawaf (208 persoalan) dan Wukuf (167 persoalan). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebelum masyair haji, jemaah lebih banyak menumpukan kepada persoalan asas dan persediaan awal seperti niat ihram, larangan ihram, dan isu wanita. Hal ini sejajar dengan dapatan literatur bahawa fatwa digital paling banyak diperlukan pada fasa persediaan ibadah, berbanding semasa pelaksanaan di Arafah, Muzdalifah, dan Mina (Rosidi, 2021). Waktu puncak persoalan berlaku sekitar 580 persoalan dalam satu slot, manakala purata sekitar 500 persoalan. Corak ini menunjukkan jemaah lebih aktif bertanya pada waktu tertentu, kemungkinan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=