E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 397 beroperasi penuh 24 jam. Melalui kemudahan ini, jemaah boleh berinteraksi tanpa kekangan masa dan tempat, malah membantu mereka yang mungkin berasa segan atau malu untuk bertanya secara bersemuka (Sinar Harian, 2025). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa peranan medium digital sangat signifikan dalam menyokong penyebaran hukum agama, termasuk dalam konteks fatwa di Malaysia dan Indonesia (Fatwa Communication in the Digital Era, 2025; Nurul Lutfiah, 2023). Di samping itu, terdapat juga aplikasi lain yang berasaskan prinsip Maqasid Syariah dalam talian, seperti MyMaqasid oleh JAKIM yang menyediakan infografik, garis panduan dan e-buku berkaitan pemeliharaan maqasid dalam kehidupan seharian (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM], 2021). Kajian lain turut menekankan bagaimana penggunaan AI dan media digital, termasuk aplikasi ChatGPT, boleh memperkasakan fatwa sekiranya ia dibingkaikan dengan kerangka Maqasid Syariah (Pitchay & Akhmal, 2024; Rosidi, Mokhtar, & Abdul Majid, 2022). Malah, dalam konteks antarabangsa, kajian tentang virtual prayers ketika pandemik Covid-19 turut menunjukkan bagaimana fatwa digital dapat berperanan menjaga maslahat umat (Digitalizing Islamic Rituals, 2023). Kepentingan kajian ini terletak pada usaha menilai sejauh mana aplikasi e-Taib bukan sahaja berfungsi sebagai medium rujukan hukum, tetapi juga menepati prinsip Maqasid Syariah. Lima komponen utama maqasid pemeliharaan agama (ḥifẓ al - dīn), nyawa (ḥifẓ al -n afs), akal (ḥifẓ al - ‘aql), harta (ḥifẓ al - māl), dan keturunan (ḥifẓ al -nasl) akan dijadikan kerangka analisis untuk menilai keberkesanan aplikasi ini (Nor Musfirah Mohamad, Ibrahim, & Asni, 2025; Asar & Abdullah, 2023). Hal ini kerana, memastikan aplikasi ini sejajar dengan maqasid syariah adalah kritikal dalam menjamin manfaatnya kepada jemaah haji secara menyeluruh. SOROTAN LITERATUR (11pt space) Perkembangan teknologi digital telah memberi impak yang signifikan terhadap cara umat Islam melaksanakan dan memahami ibadah haji. Medium dalam talian seperti aplikasi mudah alih, laman web rasmi, dan media sosial digunakan secara meluas bagi menyediakan maklumat, panduan, serta kemudahan komunikasi kepada jemaah (Rosidi, Mokhtar, & Majid, 2022). Kelebihan utama teknologi digital ialah akses segera kepada maklumat dan panduan hukum. Namun, cabaran yang timbul adalah berkenaan kesahihan maklumat yang diperoleh. Banyak jemaah masih cenderung merujuk kepada enjin carian umum atau media sosial yang tidak dapat menjamin ketepatan fatwa dan hukum syarak (Rosidi, 2021; Islamic Law and Social Media, 2022). Fenomena ini memperlihatkan kepentingan penyediaan aplikasi keagamaan rasmi yang berautoriti bagi memastikan maklumat hukum yang disampaikan adalah sahih. Fatwa dan bimbingan hukum amat penting dalam membantu jemaah melaksanakan ibadah haji dengan sempurna. Dalam konteks tradisional, jemaah lazimnya merujuk secara langsung kepada mutawwif atau pegawai agama yang bertugas (Syarbaini, 2023). Namun, perkembangan teknologi telah membuka ruang bagi fatwa digital yang boleh dicapai secara atas talian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada panduan bersemuka (Research Insights on Online Fatwas, 2024). Walaupun panduan digital lebih cepat dan fleksibel, ia menimbulkan persoalan dari segi keberkesanan serta penerimaan jemaah terhadap bimbingan yang tidak diberikan secara langsung (Fatwa Communication in the Digital Era, 2025). Oleh itu, kajian tentang perbandingan antara panduan bersemuka dan digital masih diperlukan bagi menilai sejauh mana fatwa digital benar-benar membantu jemaah dalam konteks ibadah haji. Sebagai respons kepada keperluan fatwa digital, Tabung Haji telah melancarkan aplikasi e-Taib sebagai medium rasmi untuk rujukan hukum semasa ibadah haji. Aplikasi ini beroperasi 18 jam sehari dan dirancang untuk dilanjutkan kepada 24 jam bagi memenuhi keperluan jemaah yang berada di tanah suci (Sinar Harian, 2025). Antara ciri utama aplikasi ini ialah interaksi maya secara langsung dengan pegawai agama, yang membolehkan jemaah mengemukakan soalan tanpa rasa segan berbanding bersemuka. Kemudahan ini memberi nilai tambah kepada jemaah yang mungkin malu atau ragu-ragu untuk bertanya dalam suasana beramai-ramai (Nurul Lutfiah, 2023). Walaupun terdapat laporan media yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=