E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 396 APLIKASI E-TAIB SEBAGAI MEDIUM RUJUKAN HUKUM UNTUK JEMAAH HAJI: KAJIAN KEBERKESANAN BERDASARKAN PENDEKATAN MAQASID SYARIAH (10pt (10pt space) (10pt space) Salmah S Hassan Universiti Malaysia Sabah, Malaysia Emel : salmahshassan@ums.edu.my (10pt space) (10pt space) ABSTRAK (11pt space) Ibadah haji menuntut kefahaman hukum yang tepat agar ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Namun, akses maklumat hukum yang sahih sering terjejas akibat ketidaktepatan sumber dalam talian. Aplikasi e-Taib diperkenalkan sebagai medium digital berautoriti bagi menjawab persoalan hukum jemaah haji yang melibatkan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) sebagai moderator yang bertauliah dibimbing Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (AJPIH). Kertas konsep ini menilai keberkesanan e-Taib melalui analisis kandungan berpandukan kerangka Maqasid Syariah seperti hifz al- din (memelihara agama), raf‘ al -haraj (mengelak kesulitan) dan taysir (memudahkan). Kaedah kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis teks soalan-jawapan dalam e-Taib serta disaring mengikut tema rukun dan wajib haji. Dapatan konseptual menunjukkan aplikasi ini mematuhi sumber hukum rasmi, mesra pengguna, dan menyokong pencapaian Maqasid. Namun, kekangan dikenal pasti termasuk keluasan liputan isu hukum hakam, keperluan kemas kini berkala, serta cabaran capaian internet di Tanah Suci. Kesimpulannya, e-Taib mempunyai potensi besar sebagai model aplikasi hukum ibadah digital yang efektif dan patuh syariah. (11pt space) Katakunci: e-Taib, PIHTAS, aplikasi digital, keberkesanan, maqasid syariah (11pt space) (11pt space) PENDAHULUAN (11pt space) Ibadah haji merupakan kemuncak spiritual bagi umat Islam dan memerlukan persediaan menyeluruh bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga kefahaman mendalam terhadap hukum-hakam syarak. Setiap tahun, jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Dalam suasana ibadah yang padat, jemaah sering berdepan situasi yang memerlukan rujukan segera terhadap persoalan hukum, terutamanya berkaitan pelaksanaan manasik haji. Oleh itu, keperluan kepada panduan hukum yang sahih, cepat dan mudah diakses adalah amat mendesak bagi memastikan ibadah dapat dilakukan secara sempurna dan diterima di sisi Allah SWT (Rosidi, Mokhtar, & Majid, 2022; Syarbaini, 2023). Namun begitu, terdapat kelemahan apabila sebahagian jemaah memilih untuk bergantung pada sumber tidak sahih seperti enjin carian Google, media sosial, atau aplikasi kecerdasan buatan (AI) umum. Walaupun sumber ini menawarkan akses maklumat yang cepat, ia tidak menjamin kesahihan hukum- hakam yang disampaikan (Rosidi, 2021). Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan, bahkan berpotensi membawa kepada kesilapan dalam pelaksanaan ibadah (Islamic Law and Social Media, 2022). Oleh itu, sumber bimbingan rasmi yang diiktiraf menjadi amat penting bagi memastikan jemaah mendapat panduan hukum yang tepat dan berautoriti (Research Insights on Online Fatwas, 2024). Sebagai respons kepada cabaran tersebut, Tabung Haji telah mengambil inisiatif membangunkan aplikasi e-Taib, iaitu sebuah platform digital yang membolehkan jemaah mengemukakan persoalan hukum secara terus kepada pegawai agama. Aplikasi ini beroperasi 18 jam sehari dan dirancang untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=