E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 391 Selain itu, perkembangan aplikasi pintar berkaitan ibadah haji, seperti Smart Hajj dan inisiatif Haji Pintar, membuktikan bahawa AI dapat menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan, pengurusan logistik, serta pengalaman jemaah. Melalui aplikasi mudah alih, penterjemah pintar, sistem navigasi digital, dan pemantauan kesihatan berasaskan AI, jemaah dapat menunaikan ibadah dengan lebih yakin, mudah dan selamat (Amran Harun & Mohd Nazir, 2025). Sehubungan itu, artikel ini menggabungkan dapatan kajian literatur dalam bidang pendidikan Islam dengan aplikasi praktikal dalam konteks haji. Tujuannya adalah untuk menilai trend semasa, mengenal pasti impak, serta mengupas cabaran yang dihadapi dalam mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan dan bimbingan manasik haji pada era digital. SOROTAN LITERATUR Aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pendidikan telah menunjukkan perkembangan yang pesat dan memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan kefahaman pelajar, pengajaran interaktif serta pembelajaran kendiri. Menurut kajian oleh Ibrahim et al. (2023), AI membolehkan pelaksanaan sistem pembelajaran diperibadikan melalui sistem bimbingan pintar (Intelligent Tutoring System, ITS), yang mampu menyesuaikan kandungan pembelajaran mengikut tahap pelajar secara automatik. Ini sangat relevan dalam konteks bimbingan manasik haji, di mana tahap pemahaman jemaah berbeza-beza, dan bimbingan yang diperibadikan boleh membantu meningkatkan kesiapsiagaan mereka. Kajian oleh Alam et al. (2022) turut menegaskan bahawa ITS berasaskan AI memberi motivasi pembelajaran yang lebih tinggi kerana interaksi sistem yang responsif dan tersusun. Dalam konteks ibadah haji, ITS ini boleh digunakan untuk memandu jemaah langkah demi langkah secara maya dalam pelaksanaan rukun, wajib, dan perkara-perkara sunat haji. Penggunaan AI dalam konteks agama turut berkembang, seperti yang dilaporkan oleh Al- Khulaifi et al. (2024), di mana chatbot berasaskan AI digunakan untuk menjawab persoalan agama berdasarkan sumber sahih. Ini memberikan satu dimensi baharu dalam bimbingan haji, membolehkan jemaah mendapatkan jawapan segera terhadap persoalan hukum yang timbul sepanjang proses ibadah. Selain itu, penggunaan chatbot dalam pendidikan tinggi seperti yang dikaji oleh Zhang dan Li (2023) menunjukkan bahawa interaksi pelajar meningkat apabila menggunakan AI, kerana ia membolehkan pembelajaran kendiri pada bila-bila masa. Diterjemahkan dalam konteks bimbingan manasik, ini bermakna jemaah boleh mendapat panduan secara berterusan, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bimbingan fizikal. Di peringkat antarabangsa, kerajaan Arab Saudi sendiri telah menerapkan teknologi AI secara langsung dalam pengurusan dan bimbingan jemaah. Laporan Anews (2025) menyatakan bahawa platform pintar seperti Nusuk dan penggunaan robot AI di Mekah telah membantu mempermudah laluan jemaah, memberi panduan waktu sebenar, dan mengurangkan kekeliruan terutamanya dalam kalangan jemaah asing. Mahmud et al. (2022) pula menekankan potensi AI dalam pendidikan inklusif, termasuk pelajar berkeperluan khas. Dalam konteks haji, ini membuka ruang penggunaan AI untuk membantu warga emas atau jemaah kelainan upaya melalui pendekatan visual, audio, atau sokongan bahasa isyarat dalam sistem bimbingan manasik maya. Namun begitu, cabaran tetap wujud. Hassan et al. (2024) menyatakan bahawa antara isu besar AI ialah kebolehterangan (explainability) dan pematuhan etika, terutamanya apabila melibatkan isu hukum dan syariah. Maka, AI dalam bimbingan manasik harus dibangunkan dengan penglibatan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=