E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 38 menunaikan haji amatlah penting. Dalam konteks haji, dakwah bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi turut berfungsi sebagai bimbingan kerohanian, motivasi, dan sokongan psikososial. Pendekatan targhib wa tarhib merupakan salah satu kaedah yang sesuai kerana ia merangkumi dua dimensi utama iaitu aspek dorongan dan peringatan jika berlakunya pengabaian pelaksanaan rukun-rukun dan wajib haji. Ini memandangkan aspek praktikal ibadah sepanjang melaksanakan manasik ini penting bagi kesempurnaan pelaksanaan ibadah haji. Kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi. SOROTAN LITERATUR Kajian berkaitan haji serta bab berkaitan hukum serta persoalan dalam manasik haji banyak dibincangkan. Isu-isu berkaitan permasalahan fiqh wanita dan cabaran jemaah haji wanita semasa menunaikan ibadah haji juga banyak dibincangkan (A’dawiyah 2024, Nor Az izah 2024). Ibadah haji ini merupakan tarbiah dan kursus pendidikan serta penyempurnaan akhlak manusia.Ia juga ke arah penyucian jiwa hamba daripada nafsu syahwat. Namun, terdapat kalangan jemaah haji lupa untuk memberi perhatian kepada maqasid utama pensyariatan ibadah tetapi lebih memberi tumpuan yang mendalam kepada aspek hukum hakam fiqh berkaitan ibadah haji dan keperluan haji. Pelaksanaan amalan haji di Muzdalifah, Mina serta pelaksanaan amalan-amalan haji semasa hari tasyrik perlu dilaksanakan dengan sempurna (Rizalman, Ishak & Mohd Faiz,2016). Cabaran yang perlu ditempuhi dengan keadaan cuaca yang panas (Norshariani, 2024) dan persekitaran yang jauh ke tempat melontar memerlukan kekuatan fizikal dan keimanan yang tinggi. Dengan mengimbangi dorongan dan peringatan, pendekatan dakwah ini diyakini mampu membimbing wanita menunaikan haji dengan penuh kesedaran, ketekunan, dan istiqamah. Banyak kajian terdahulu (A’dawiyah, 2024; Syed Mohd Jefri, 2024, Nor Azizah, 2024) membinca ngkan cabaran haji secara umum, tetapi perbincangan khusus mengenai wanita dalam kerangka targhib wa tarhib masih kurang. Oleh itu, artikel ini diharapkan memberi sumbangan ilmiah dengan mengemukakan analisis teori dan praktikal, sekali gus memberi implikasi kepada pihak berautoriti seperti Tabung Haji. METODOLOGI Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan berasaskan teks dan dokumen, khususnya terhadap sumber primer iaitu al- Qur’an, hadis sahih, serta karya klasik ulama muktabar yang membincangkan konsep Targhib wa Tarhib. Kajian turut meneliti bahan sekunder seperti buku, artikel akademik. Analisis dokumen juga dilakukan dengan menganalisis bahan rujukan berkaitan metode dakwah, isu fiqh wanita, psikologi ibadah serta pengurusan ibadah haji dan cabaran yang dihadapi jemaah haji wanita. Rujukan ini bagi mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi jemaah di Tanah Suci. Pendekatan kualitatif dipilih kerana ia membolehkan pengkaji memahami makna yang terkandung dalam teks dakwah serta menghubungkannya dengan pengalaman sosial dan rohani jemaah. Proses pengumpulan data melibatkan analisis dokumentasi, semakan literatur berdasarkan kitab- kitab berkaitan haji dan umrah. Keseluruhan metodologi ini menekankan integrasi antara analisis teks agama dengan konteks praktikal, agar hasil kajian bukan sahaja bersifat teoretikal tetapi juga dapat diaplikasikan secara langsung dalam bimbingan jemaah haji. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Berdasarkan penelitian terhadap literatur utama, teks agama serta pandangan sarjana terdahulu, dapat dirumuskan beberapa analisa dan dapatan penting berkaitan teori dakwah, konsep targhib wa tarhib serta pandangan ulama yang menjadi asas kepada pelaksanaan dakwah dalam konteks bimbingan jemaah haji

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=