E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 384 Rajah 2. Muka Hadapan Platform Melalui penelitian, informasi ini amat penting dan mudah dikemaskini dari semasa ke sema. Sebagai contoh, bagi umrah syawal, pautan terus dapat dilakukan menerusi kolum Umrah / Haji. Petugas akan terus mendapat informasi terkini berdasarkan data ziarah yang terpilih. Berikut dipaparkan jumlah keseluruhan bagi program ziarah luar. Data Sepusat Google Sheet Rajah di bawah menunjukkan Google Sheet yang telah dibangunkan dengan mengambil kira elemen jumlah keseluruhan yang dikira secara automatik serta senarai semak aktiviti berdasarkan individu dan bayaran. Rajah 3. Paparan Senarai Semak Aktiviti Ziarah dalam Google Sheet Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dinyatakan , Google Sheet ini telah dibangunkan untuk kegunaan petugas yang terlibat. Melalui data sepusat ini, ia memberikan jumlah jemaah yang ingin menyertai ziarah, jumlah bayaran yang diperlukan, jumlah pengangkutan, serta peratusan lokasi ziarah yang tinggi. Dalam era AI ini, semua jemaah perlu mahir menggunakan telefon pintar bagi tujuan ini. Dapatan Temu Bual Tidak Berstruktur Temu bual dilaksanakan secara rawak melalui pertemuan khas di tanah suci. Tiga orang telah dipilih. Wakil seorang mutawwif dari bas 1 dan bas 3 telah dipilih. Seorang wakil mutawwifah daripada bas 2 telah melalui sesi ini. Dapatan daripada temu bual ini dapat dirumuskan melalui tiga intipati utama: Bengkel Penggunaan Google Sheet Sebelum Bertugas. Melihat kepada Pembangunan Google Sheet , kemahiran untuk memuat naik, mengemaskini, serta pengubahsuaian data secara dalam talian perlu diberikan demi memastikan setiap petugas mahir dalam penggunaannya. Pengisian Maklumat Terperinci untuk Keseluruhan Program Ziarah Dokumen-dokumen lain yang penting untuk data jemaah dan petugas boleh dilengkapkan dalam Google Sheet. Dokumen seperti salinan passport, salinan visa serta dokumen lain boleh dimuat naik. Isian data
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=