E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 383 METODOLOGI Kajian Kualitatif dan Kuantitatif Kajian kualitatif merupakan pendekatan penyelidikan yang menitikberatkan pandangan mendalam daripada responden melalui soalan-soalan yang luas dan terbuka. Data yang dikumpulkan biasanya berbentuk teks atau perkataan, yang kemudian dianalisis dan diinterpretasikan dalam bentuk tema-tema utama. Pendekatan ini cenderung subjektif dan dijalankan dalam persekitaran yang semulajadi, tanpa keterikatan kepada spesifikasi statistik yang ketat, menjadikannya sukar untuk menghasilkan dapatan yang boleh digeneralisasikan. Bagi kajian ini, ia melibatkan tiga buah bas. Seorang wakil daripada setiap bas diambil kira sebagai responden untuk kajian temu bual ini. Bagi tujuan kajian kuantitatif, soal selidik telah dibangunkan untuk diberi kepada responden. Enam soalan ringkas telah diagihkan melalui Google Form ketika umrah syawal 2024 dengan mengambil kira petugaspetugas yang telah diamanahkan di tanah scuci. Terdapat tiga bas telah menempatkan jemaah- jemaah ini. Wakil mutawwif daripada setiap bas diambil sebagai responden kajian. Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, satu sistem telah dibangunkan menerusi data Google Sheet untuk digunakan oleh petugas. Data merangkumi semua jemaah dan mutawwif seramai 147 orang. Setelah data dimuat naik, sistem ini diaktifkan untuk kegunaan petugas. Petugas yang menggunakan sistem ini dapat mengemaskini data secara terus melalui sistem yang dibangunkan. Jumlah kos yang diperlukan untuk bayaran ziarah dan pengangkutan dapat dilihat secara terus. Jemaah yang ingin mengubah keputusan pada saat akhir untuk ziarah boleh dimuat naik secara terus. Bagi melihat keberkesanan sistem ini, temu bual tidak berstruktur dan soal selidik dijalankan. Instrumen kajian digunakan adalah berbentuk temu bual tidak berstruktur dan soal selidik. Temu bual tidak berstruktur yang dijalankan ini dilaksanakan kepada seorang wakil dari setiap bas yang bertugas dalam proses operasi di Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada mutawwif atau mutawwifah. Terdapat enam soalan yang telah dibangunkan untuk soal selidik yang dijalankn menerusi Google Form . Soal selidik ini dijalankan untuk memperoleh penilaian keberkesanan untuk sistem ini. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, paparan melalui Google Sheet ditunjukkan bagi kegunaan mutawwif dan mutawwifah yang bertugas, berserta beberapa informasi lain seperti rajah di bawah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=