E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 385 ini bakal memberi manfaat kepada jemaah dan para petugas. Dapatan Soal Selidik Pengguna Google Sheet dalam kajian ini adalah dalam kalangan mutawwif dan mutawwifah bertugas dalam umrah syawal. Dapatan soal selidik melalui Google Form yang diberikan secara dalam talian dikumpulkan secara automatik. Petugas Sebagai Pengguna Sistem Dalam Talian Beberapa mutawwif dan mutawwifah telah diagihkan mengikut bas masing-masing. Setiap bas diketuai oleh seorang mutawwif, mutawwifah dan beberapa mutawwif praktikal yang lain. Lapan orang responden secara sukarela telah menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Rajah 4. Lapan Petugas Secara Rawak Telah Menjawab Kajian Petugas Sebagai Pengendali Ziarah Luar Berdasarkan kepada soal selidik yang dijalankan, seorang daripada lapan responden tidak pernah bertugas mengendalikan ziarah luar atau ziarah tambahan bagi jemaah umrah. Petugas tersebut ialah salah seorang petugas mutawwifah yang ditugaskan dalam penterjemahan khusus Bahasa Arab untuk ziarah lokasi bersejarah yang dikhususkan kepada beberapa muzium. Rajah 5. Petugas Yang Pernah Mengendalikan Ziarah Luar Penggunaan Google Sheet Dalam Kalangan Petugas Sebanyak 87.5% responden tidak pernah menggunakan Google Sheet dalam pengendalian data jemaah umrah. Ini dilihat satu peluang yang sangat penting bagi memastikan setiap mutawwif atau mutawwifah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=