E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 382 Tadbir urus kewangan memainkan peranan penting dalam membentuk perkhidmatan berteraskan perniagaan, terutamanya yang berfungsi dalam persekitaran agensi pelancongan yang mengkhususkan diri dalam Haji dan Umrah. Lima prinsip asas akauntabiliti, kecekapan, ketelusan, legitimasi dan keterangkuman dinyatakan oleh (Fatmawatie & Endri, 2022) sebagai satu cara untuk membantu organisasi ini mengoptimumkan operasi mereka. Kepentingan tadbir urus kewangan ini untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan semasa masa sukar ditekankan oleh (Gennaro & Nietlispach, 2021). Prinsip tadbir urus kewangan ini penting dalam meningkatkan kemampanan perkhidmatan kepada jutaan jemaah haji dan umrah. Dalam era digital khususnya AI, teknologi memainkan peranan penting bagi kelestarian pelabagai proses yang terlibat sepanjang tempoh ziarah dan ibadah. Pengurusan berskala besar menimbulkan kesukaran yang ketara semasa Haji dan Umrah, terutamanya memandangkan kebimbangan keselamatan dan keperluan untuk kawalan orang ramai yang cekap. Ini termasuk pengurusan pengangkutann jemaah di sana (Hanrahan, 2015; Hussain, Felemban, & Ur Rehman, 2021; Owaidah, Olaru, Bennamoun, Sohel, & Khan, 2023). Penyelidikan terdahulu menyatakan bahawa pengurusan kenderaan seperti bas untuk jemaah ini penting uuntuk mengelakkan kelewatan dan jangka masa menunggu. Malah, Pembangunan sistem yang efisien amat penting bagi memastikan kepuasan pelanggan (Hussain et al., 2021). Namun begitu, kajian sedia ada hanya memfokuskan kepada ibadah haji umtuk ibadah wajib berdasarkan kuota jemaah yang telah ditetapkan. Bagi tujuan ziarah dalam tempoh umrah dan haji, keperluan data bersistem juga amat penting bagi memastikan teknologi ini dapat membantu pengurusan ketika jemaah yang ramai (Hanrahan, 2015). Pengemudian secara skala besar menggunakan Internet of Things (IoT) dalam sistem pengurusan pengangkutan adalah penting. Salah satu contohnya ialah ziarah haji tahunan, yang melibatkan jutaan jemaah. Tidak juga terkecuali untuk ibadah umrah. Kemasukan orang ramai yang begitu besar menimbulkan beberapa kesukaran, termasuk pengagihan sumber, kesesakan lalu lintas, dan memastikan jemaah pergi dan pulang dari satu lokasi ke satu lokasi tepat pada masanya. Lebih-lebih lagi melibatkan musim seperti bulan Ramadan yang sememangnya melibatkan kemasukan dua hingga tiga kali ganda, menghampiri jumlah jemaah haji pada satu-satu masa. Kajian ini menggariskan keperluan untuk memanfaatkan teknologi canggih, seperti IoT, kecerdasan buatan dan analisis data, untuk meningkatkan sistem pengangkutan sebelum dan semasa perjalanan umrah atau haji. Pihak agensi boleh menjamin kecekapan dan keselamatan, meningkatkan pengalaman jemaah dengan lebih baik dan mempercepat operasi dengan menggunakan teknologi ini (Owaidah et al., 2023). Selain itu, adalah penting bahawa platform seperti Google Sheet disepadukan untuk menjamin data mudah diakses dan terurus untuk semua pihak yang mengambil bahagian dalam logistik umrah dan haji. Google Sheet memudahkan perkongsian data secara terus melalui perkongsian data dari pautan yang boleh diakses oleh semua yang terlibat. Lantas, pelbagai Keputusan penting dapat dibuat hasil daripada rujukan melalui Google Sheet ini. Pihak berkepentingan boleh menyelaraskan aktiviti mereka dengan lebih baik dan bertindak balas terhadap sebarang kelewatan atau halangan yang mungkin berlaku semasa menunaikan haji dengan pengurusan data berpusat yang efektif. Menggunakan teknologi IoT dalam pengurusan pengangkutan meningkatkan keseluruhan pengurusan agensi, kepuasan pelanggan (jemaah) selain meningkatkan kecekapan operasi. Perkongsian data dan inovasi komunikasi masa nyata telah membolehkan ketetapan dapat dibuat dengan mengambil kira kos yang ditanggung. Pengurusan data yang cekap ini dapat mengurangkan kelewatan dan menjamin hubungan baik dengan syarikat pengangkutan. Menurut penyelidikan, teknologi ini perlu terus berkembang untuk menghadapi kesukaran yang semakin meningkat. Ia juga akan berfungsi sebagai model untuk penyelesaian mobiliti masa depan untuk aktiviti berskala besar yang lain.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=