E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 381 Saudi, 2023) Bulan Jumlah Perjalanan Januari 85,598 Febuari 85,598 Mac 85,599 April 100,237 Mei 100,235 Jun 100,237 Julai 94,932 Ogos 94,932 September 94,932 Oktober 90,000 November 83,000 Disember 90,000 Total 1,105,300 Jika melihat kepada statistik yang dikeluarkan, penggunaan bas tertinggi adalah pada bulan April hingga Jun (General Authority of Statistics, 2023). Pada bulan-bulan yang lain, jumlah perjalanan melebihi 80,000 itu perlu dipandang serius demi memastikan khidmat yang diberikan adalah yang terbaik. SOROTAN LITERATUR Pengenalan Aplikasi Google Sheet dalam Internet of Things (IoT) Google Sheet merupakan alat pengurusan data secara dalam talian yang memberikan akses langsung kepada pengguna. Ia membolehkan pengguna mengakses, menyunting, dan berkongsi data dari pelbagai peranti dengan mudah . Ia menjadikan Google Sheet salah satu cabang teknologi dalam era AI yang baik untuk pelbagai aplikasi, termasuk pengurusan projek, analisis data, dan pelaporan. Penggunaan yang mesra pengguna ini membuatkan pengguna selesa untuk dijadikan data rujukan secara terus dan fleksibel (Rahmah, Sukmasetya, Syaiful Romadhon, & Rio Adriansyah, 2020). Dalam konteks Internet of Things (IoT), Google Sheets menawarkan platform yang dapat diintegrasikan dengan pelbagai peranti IoT untuk pemantauan dan analisis data secara langsung. IoT membolehkan peranti-peranti saling berkomunikasi dan bertindak berdasarkan data yang dikumpul, menjadikan ia alat yang penting dalam pengurusan logistik, pemantauan kesihatan, dan automasi rumah, antara lainnya. Apabila digabungkan dengan Google Sheets , data yang dihasilkan oleh peranti IoT boleh dianalisis dan diproses secara masa nyata, membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih cepat dan berasaskan data terkini (Lee & Kobsa, 2019). Integrasi Google Sheets dengan IoT membawa kepada pengurusan data yang lebih efisien, meningkatkan kebolehpercayaan dan ketepatan dalam pelbagai proses, serta menyokong keputusan yang didorong oleh data. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penggunaan IoT dalam pengurusan data dapat meningkatkan keberkesanan operasi (Chung, 2021), sementara penggunaan Google Sheets sebagai alat pengurusan analisis data yang besar (Ridgway, 2019). Pengurusan Ziarah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=