E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 380 Rajah 1. Jemaah Umrah Saudi dan Bukan Saudi Berdasarkan Jantina Tahun 2023 (Dalam Ribu) (General Authority of Statistics, 2023) Rajah di atas menunjukkan jumlah kedatangan jemaah untuk ibadah umrah yang didominasi oleh kaum lelaki. Secara perangkaannya, sejumlah 6.571 juta jemaah lelaki bukan dari Arab Saudi menjalani ibadah umrah, manakala sejumlah 2.937 juta pula merupakan jemaah wanita. Melihatkan keadaan ini, adalah amat penting bagi pengendali ibadah umrah untuk mempersiap setiap pergerakan jemaah sebelum tiba di tanah suci dengan mengadaptasi teknologi IoT dalam era AI ini bagi pengurusan lebih efisien. Hasil daripada itu, penggunaan Internet of Things (IoT) telah menyedarkan pelbagai pihak ke arah inovasi dalam pengurusan data (Binsawad & Albahar, 2022; Shambour & Gutub, 2022) melalui interaksi aplikasi dalam talian. Adaptasi IoT dalam aplikasi seperti Google Sheets memberikan satu impak kepada persediaan setiap mutawwif dan agensi dalam pengurusan pengangkutan ziarah. Namun begitu, pembangunan data melalui teknologi dalam era AI ini amat perlu menitikberatkan etika dan integrity. Ia bukan sahaja memberi imej yang baik terhadap sesebuah institusi, malah meningkatkan kecekapan pelaksanaan, pemantauan, dan pelaporan (Anuar Khalid & Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, 2021). Google Sheets , salah satu platform yang ringkas dan mudah diakses, memberikan satu kemudahan kepada pengendali jemaah dalammengenalpasti keperluan pengangkutan, anggaran kos serta persediaan petugas. Pengurusan ibadah umrah yang baik memberi impak kepada kerajaan sedia ada (Dani & Putra, 2022). Berikutan statistik pengunjung ke tanah suci adalah tinggi pada setiap masa, tempahan kenderaan, terutamanya bas bagi program ziarah tidak boleh dipandang mudah. Kegagalan perancangan awal untuk tempahan kenderaan berdasarkan jumlah jemaah akan memberi impak kepada pengurusan ziarah serta kompetensi mutawwif atau mutawwifah yang dilihat sangat baik ketika ini (Mohd Sabri Jamaludin & Noor Raudhiah Abu Bakar, 2021). Justeru, pengurusan yang tidak sempurna melibatkan pengangkutan untuk program ziarah juga bakal memberikan imej negatif kepada mutawwif dan agensi (Bayhaq, 2021). Jemaah yang membayar dengan harga pakej yang ditetapkan kebanyakannya tidak mahu mendengar alasan daripada mutawwif atau agensi tentang kelewatan atau masalah kenderaan. Malah, mereka kerap mengharapkan ketepatan masa, kesempuraaan jadual dan keselesaan untuk setiap pergerakan yang dirancang. Tanpa ada perancangan yang baik, rombongan jemaah mungkin tidak dapat khidmat kenderaan yang baik berdasarkan kadar penggunaan bas yang amat tinggi pada setiap bulan. Jadual 1. Jumlah perjalanan bas dari atau ke al-Haram (Jabatan Umrah, Haji dan Pelancongan Arab 1974 6571 1825 2937 0 1000 2000 3000 4000 5000 6000 7000 Saudi Bukan Saudi Statistik Jemaah Umrah Saudi dan Bukan Saudi Berdasarkan Jantina Tahun 2023 (Dalam Ribu) Lelaki Wanita

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=