E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 379 ADAPTASI INTERNET OF THINGS (IOT) MELALUI APLIKASI GOOGLE SHEET BAGI PROGRAM ZIARAH 1 Rafiuddin Rohani ( corresponding author ), 2 Shahrizal Salleh , 3 Nor Azieta Zainal Abidin Halaqah Muhklisin Travel & Tours, Malaysia Emel : hmtt.hajirafi@gmail.com, ABSTRAK Sepanjang tahun 2023, statistik jemaah umrah yang telah direkodkan oleh Jabatan Umrah, Haji dan Pelancongan Arab Saudi ialah seramai 26,856,833 orang merangkumi 55.1% lelaki dan 44.9% wanita. Jumlah catatan perjalanan pengangkutan bas pula adalah sebanyak 1,105,300 rekod. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan data sepusat menggunakan Google Sheet untuk pengurusan program ziarah di bumi Haramain. Metodologi kajian ini adalah dengan membangunkan data sepusat. Kemudian, satu temu bual dan soal selidik akan dilakukan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan. Hasilnya, pembangunan data sepusat ini membantu untuk perancangan pengangkutan, kos yang terlibat, data keseluruhan jemaah, serta potensi minat ziarah luar untuk akan datang. Kajian ini mengambil kira pengurusan 147 orang jemaah syawal 1445H bagi pakej yang telah ditetapkan. Temu bual melibatkan tiga orang petugas manakala soal selidik pula melibatkan 8 orang petugas. Data sepusat ini dilihat memberi kesan positif kepada para mutawwif dan mutawwifah bertugas apabila 100% bersetuju dengan Google Sheet ini yang membantu penyelarasan program ziarah. Adaptasi Internet of Things (IoT) melalui Aplikasi Google Sheet bagi Program Ziarah adalah perlu bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul khususnya perjalanan program ziarah, tempahan kenderaan dan jumlah kos yang diperlukan. Cadangan penambahbaikan bagi kajian ini adalah untuk pembangunan aplikasi pada masa akan datang untuk digunakan bagi pengurusan umrah dan haji. Katakunci: Internet of Things (IoT), Data Sepusat, Google Sheet , Umrah dan Haji PENDAHULUAN Sepanjang tahun 2023, statistik jemaah umrah yang telah direkodkan oleh Jabatan Umrah, Haji dan Pelancongan Arab Saudi ialah seramai 26,856,833 orang merangkumi 55.1% lelaki dan 44.9% wanita. Jumlah catatan perjalanan pengangkutan bas pula adalah sebanyak 1,105,300 rekod (General Authority of Statistics, 2023). Jika melihat laporan daripada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) Malaysia pada Ogos 2023, sebanyak 400,000 visa pelancong dan visa umrah telah dikeluarkan setakat April tahun tersebut. Melihat kepada angka itu, kira-kira hampir 1 juta jemaah Malaysia berkunjung ke tanah suci pada tahun semasa. Jika diselidiki di peringkat dunia, statistik jemaah yang berada di tanah suci adalah sangat tinggi. Keperluan adaptasi teknologi dalam era kecerdasan buatan (AI) amat diperlukan bagi menghadapi proses pendigitalan setiap pengurusan berkaitan jemaah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=