E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 37 PENDEKATAN DAKWAH TARGHIB WA TARHIB DALAM MENANGANI ISU DAN CABARAN JEMAAH HAJI WANITA SEMASA MENUNAIKAN IBADAH HAJI Nor Azizah Mustapha ; Fariza Md. Sham, SMK Tinggi Kajang, 43500, Kajang & PEKTA Tabung Haji (Selangor); Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia Emel: drnam2021@gmail.com; farisham@ukm.edu.my ABSTRAK Kajian ini membincangkan kaedah pendekatan dakwah targhib wa tarhib dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh jemaah haji wanita semasa melaksanakan ibadah haji di tanah suci. Pendekatan targhib wa tarhib yang menekankan aspek galakan ( targhib ) terhadap amalan kebaikan dan peringatan ( tarhib ) terhadap larangan syarak, berperanan membantu jemaah wanita meningkatkan motivasi rohani serta mengurangkan kecelaruan emosi sepanjang ibadah haji. Pendekatan ini amat penting dalam meningkatkan kefahaman, ketaatan serta kesedaran spiritual dalam kalangan jemaah. Kaedah kajian ini berbentuk analisis dokumen dengan menganalisis bahan rujukan berkaitan metode dakwah, isu fiqh wanita, psikologi ibadah serta pengurusan ibadah haji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah targhib wa tarhib amat berkesan dalam memberikan kefahaman tentang manasik haji dari sudut falsafah, meningkatkan penghayatan ibadah serta mengurangkan kecelaruan emosi jemaah wanita.Aplikasi targib wa tarhib secara seimbang dapat menggalakkan amalan ibadah yang lebih sempurna dan membentuk disiplin rohani yang mantap. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan ini diperkasakan melalui latihan kepada pembimbing ibadah haji tanah suci (PIHTAS) agar mampu menyampaikan dakwah yang berkesan dan memberikan impak yang lebih efektif. Penambahbaikan modul bimbingan melalui elemen dakwah yang berkesan juga amat relevan dengan situasi yang dihadapi oleh jemaah wanita. Kajian ini diharap menjadi rujukan penting ke arah penambahbaikan pengurusan haji wanita pada masa hadapan. Katakunci: Targhib wa Tarhib, dakwah, haji, jemaah haji wanita, isu fiqh wanita, cabaran haji. PENDAHULUAN Wanita Muslim mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam, termasuk dalam kewajiban menunaikan haji. Walaupun hukum haji sama untuk lelaki dan wanita, pelaksanaannya tidak terlepas daripada cabaran yang khusus kepada wanita. Rasulullah SAW pernah menyebut haji sebagai jihad bagi kaum wanita: “Jihad bagi wanita ialah haji dan umrah.” (Riwayat Ibn Majah, no. 2901). Hadis ini menegaskan bahawa kedudukan haji bagi wanita setara dengan jihad yang dilakukan oleh lelaki. Namun, pelaksanaan ibadah haji wanita di tanah suci berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan aspek fiqh, kesihatan, keselamatan, psikososial, Dalam konteks ini, keperluan kepada satu pendekatan dakwah bagi mendorong jemaah haji wanita dalam menghadapi isu dan cabaran-cabaran sepanjang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=