E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 372 kesilapan ibadah yang dilaporkan semasa musim haji, yang secara tidak langsung menggambarkan keberkesanan keseluruhan modul bimbingan yang dilaksanakan. Jadual 1 .Kerangka Koseptual Kajian E-Justifikasi Metodologi Pemilihan pendekatan analisis kandungan adalah wajar kerana kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data lapangan secara langsung, tetapi menilai keberkesanan modul sedia ada melalui bukti dokumentasi dan kajian terdahulu. Kaedah ini membolehkan penyelidik menilai keberkesanan sistem bimbingan secara menyeluruh, mengenal pasti jurang yang masih wujud, serta mencadangkan inovasi penambahbaikan berasaskan bukti empirikal. F-Hasil Kajian dan Perbincangan Kajian mendapati bahawa modul bimbingan LTH berkesan meningkatkan kefahaman asas jemaah tentang rukun dan wajib haji. KAH hingga KPH membantu jemaah membina asas pengetahuan secara berperingkat, selaras dengan prinsip pembelajaran berulang. Namun, kelemahan wujud dalam aspek larangan ihram, jenis dam, dan isu wanita. Faktor penyumbang utama ialah: (i) kompleksiti ibadah haji; (ii) simulasi yang kurang realistik; (iii) masa kursus yang terhad; dan (iv) demografi jemaah (warga emas, kurang celik teknologi). Apabila dibandingkan dengan negara lain, Malaysia sistematik tetapi perlu memperkukuh dengan elemen: jangkauan luas (Indonesia), pendekatan personal (Brunei), dan teknologi digital (Turki). Dari sudut pedagogi, kelemahan ini berpunca daripada pendekatan tradisional berpusatkan ceramah. Pendidikan moden menekankan pembelajaran aktif dan interaktif, justeru integrasi VR, AR dan aplikasi mudah alih dapat membantu jemaah menguasai amali dengan lebih baik. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN A-Bimbingan Haji Dapatan analisis mendapati bahawa modul bimbingan LTH berkesan dalam memberikan kefahaman asas kepada jemaah haji, terutamanya berkaitan rukun haji (niat ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa‘i, tahallul, dan tertib) serta wajib haji (mabit di Muzdalifah, melontar jamrah, bermalam di Mina, dan tawaf wada‘). Kajian Amran & Mohd Aderi (2021) melaporkan bahawa skor kefahaman peserta kursus adalah tinggi dalam topik wajib haji (min=3.52) dan rukun haji (min=3.22). Ini menunjukkan bahawa modul yang disusun berperingkat, bermula dari KAH hingga KPH, telah berjaya membentuk asas kefahaman yang baik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=