E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 369 simpanan dan logistik jemaah, tetapi turut bertanggungjawab dalam penyediaan modul bimbingan haji yang seragam di seluruh negara. Modul-modul ini merangkumi Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH), dan Kursus Perdana Haji (KPH). Setiap modul dirangka untuk memberikan kefahaman bertahap, daripada pengenalan teori asas, latihan praktikal di peringkat daerah, hingga simulasi besar-besaran sebelum keberangkatan ke Tanah Suci. Walaupun keberkesanan bimbingan haji di Malaysia sering mendapat pujian, laporan kajian dan rekod rasmi menunjukkan bahawa masih terdapat jurang kefahaman dalam kalangan jemaah. Antaranya termasuk kekeliruan berkaitan larangan ihram, pelaksanaan dam, serta isu wanita yang melibatkan permasalahan haid, nifas dan istihadah. Malah, rekod Pusat Informasi Haji Tabung Haji melalui (PIHTAS) menunjukkan bahawa sebahagian besar aduan jemaah berkaitan dengan kesilapan ibadah yang boleh dielakkan sekiranya latihan lebih praktikal dan berkesan diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan konvensional melalui kuliah, ceramah dan simulasi asas masih belum sepenuhnya mampu menjawab cabaran kompleks ibadah haji sebenar di Tanah Suci yang melibatkan jutaan jemaah pada satu masa. Sehubungan itu, kajian ini berusaha menilai semula keberkesanan modul bimbingan manasik haji LTH, menghimpunkan bukti empirikal sedia ada, dan membandingkan dengan pendekatan negara Islam lain. Selain itu, kertas ini turut mencadangkan model penambahbaikan berasaskan inovasi pedagogi moden, termasuk penggunaan pendekatan mikro-pembelajaran, simulasi realistik, serta penerapan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, realiti maya (VR), dan teknologi digitalisasi (AR). Transformasi ini dijangka dapat meningkatkan tahap kefahaman, keyakinan, serta pengalaman pembelajaran jemaah, sekaligus memperkukuh reputasi Malaysia sebagai model pengurusan haji yang unggul di peringkat antarabangsa. SOROTAN LITERATUR Kajian Hasanulddin et al. (2020) mendapati metode bimbingan LTH berasaskan manhaj mazhab al- Syafi‘i dengan fleksibiliti pada isu -isu tertentu. Bimbingan ini dikawal selia oleh Ahli Jawatankuasa Pakar Rujuk Ibadah Haji (AJPIH) bagi memastikan keseragaman fatwa dan kefahaman di seluruh negara. Kursus asas haji (KAH) merangkumi sehingga 13 siri, diikuti kursus intensif (KIH), kursus khas (KKH), dan kursus perdana (KPH) sebagai latihan berskala besar. Amran & Mohd Aderi (2021) melaporkan bahawa skor kefahaman peserta KAH adalah tinggi dalam aspek wajib haji (min=3.52) tetapi rendah dalam aspek cara mengerjakan haji (min=2.50). Kekeliruan utama termasuk bilangan larangan ihram, jenis dam, dan tatacara melontar. Laporan PIHTAS turut menunjukkan aduan jemaah paling banyak berkaitan tawaf wada’, larangan ihram, dan isu wanita. Di peringkat antarabangsa, Indonesia melalui Kementerian Agama melaksanakan manasik haji dengan pendekatan lebih intensif melibatkan kursus teori dan praktikal di peringkat daerah. Brunei pula menekankan bimbingan personal melalui majlis ta‘lim yang dikend alikan masjid. Turki menggunakan pendekatan modul interaktif dengan sokongan teknologi media. Perbandingan ini menunjukkan Malaysia berada pada tahap sistematik, namun berpotensi diperkukuh dengan inovasi digital. A-Bimbingan Haji di Malaysia Lembaga Tabung Haji (LTH) merupakan institusi unik yang bukan sahaja mengurus simpanan dan logistik jemaah haji, tetapi juga menjadi tonggak utama dalam membentuk kefahaman ibadah haji masyarakat Malaysia. Menurut Hasanulddin et al. (2020), kaedah bimbingan LTH berpaksikan mazhab al- Syafi‘i, namun tetap fleksibel dalam menangani isu -isu kontemporari berdasarkan keputusan Ahli Jawatankuasa Pakar Rujuk Ibadah Haji (AJPIH). Kursus yang dilaksanakan secara berperingkat — iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH), dan Kursus Perdana Haji (KPH) — berfungsi sebagai rangkaian latihan berterusan untuk menyediakan jemaah dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=