E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 360 ibadah. Panduan yang disampaikan mestilah berpandukan sumber sahih seperti muzakarah Tabung Haji dan panduan institusi berautoriti yang selari dengannya. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengusulkan cadangan bagi pembangunan aplikasi berteraskan kecerdasan buatan yang dapat menyokong pembimbing dan jemaah Haji serta Umrah. Aplikasi ini akan menekankan elemen ilmu, efisiensi, dan kelancaran dalam ketepatan pelaksanaan ibadah yang tersusun dan berinformasi. 2.0 Elemen : Ritual dan Spirit ( Elemen Teras ) Elemen ini merupakan asas utama dalam ibadah Haji dan Umrah. Oleh itu, aplikasi yang dibangunkan mestilah meletakkan elemen ini sebagai teras utama. Berikut merupakan sebab-sebab mengapa aspek ini perlu menjadi keutamaan dalam pembangunan aplikasi: ⚫ Ibadah Haji dan Umrah adalah ibadah yang berpaksikan contoh dan warisan ilmu yang objektif, kepatuhan kepada rukun, dan penghayatan rohani. Tanpa kefahaman terhadap aspek ini, ibadah tidak akan mencapai matlamatnya. ⚫ Aplikasi perlu memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu fiqh berkaitan Haji dan Umrah, seperti asas-asas yang daripadanya diterbitkan rukun, wajib, sunat, dan larangan, berpandukan sumber yang digariskan oleh Tabung Haji. ⚫ Bimbingan spiritual seperti panduan niat,kisah-kisah tersirat, doa-doa pilihan, zikir harian, serta peringatan rohani boleh membantu jemaah mengekalkan fokus dan kekhusyukan sepanjang ibadah. Tanpa elemen ini, aplikasi hanya akan berfungsi sebagai alat logistik, bukan sebagai penyokong sebenar kepada pelaksanaan ibadah. Elemen spiritual juga menjadikan aplikasi lebih daripada sekadar alat maklumat bahkan boleh menjadi sahabat digital yang membimbing jiwa untuk memahami halatuju hidup yang dibimbing berasaskan agama. Oleh itu, mengekalkan unsur ritual dan spiritual sebagai tunjang utama adalah penting bagi memastikan aplikasi ini kekal relevan dengan tujuan sebenar ibadah Haji dan Umrah. 3.0 Permit dan Pematuhan (Elemen Teras) Pengurusan permit dan pematuhan undang-undang serta garis panduan rasmi merupakan aspek asas dalam pembangunan aplikasi AI untuk ibadah Haji dan Umrah. Beberapa perkara utama perlu diberi perhatian bagi memastikan aplikasi ini berfungsi secara sah dan efektif: ⚫ Aplikasi mesti mematuhi semua keperluan permit rasmi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan, termasuk kerajaan Arab Saudi dan agensi pengurusan Haji seperti Tabung Haji. Ini penting untuk memastikan penggunaan data dan fungsi aplikasi adalah sah dan terjamin, selari dengan undang--undang yang telah ditetapkan. ⚫ Sistem pematuhan perlu menyokong proses pengesahan identiti jemaah , pengesahan permit perjalanan, serta pemantauan status permit bagi memastikan jemaah memenuhi syarat perjalanan yang ditetapkan. ⚫ Aplikasi harus dikemaskini secara berkala agar selari dengan peraturan terkini dan prosedur rasmi , seperti perubahan dalam kuota jemaah, protokol kesihatan, dan tatacara ibadah yang disesuaikan. ⚫ Kolaborasi dengan sistem rasmi dan penyelarasan dengan agensi berkaitan membantu mengelakkan kesilapan dan isu berkaitan pematuhan, sekaligus memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada jemaah. ⚫ Aspek pematuhan juga melibatkan aspek privasi dan keselamatan data jemaah, di mana aplikasi mesti mengikuti piawaian perlindungan data peribadi yang ketat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=