E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 361 Memastikan aplikasi beroperasi dalam kerangka permit dan pematuhan yang jelas adalah penting agar fungsi teknologi ini dapat membantu jemaah dengan lebih berkesan dan diterima oleh semua pihak berkuasa. 4.0 Transaksi Kewangan Untuk mengurangkan pergantungan kepada pertukaran mata wang tunai dan mempermudahkan transaksi jemaah, aplikasi ini boleh dijadikan terminal kewangan yang dipercayai dengan menyambungkan kepada peranti seperti kad debit prabayar sementara dan selainnya yang hanya diaktifkan khusus semasa musim Haji/Umrah. Ciri utama dan faedahnya: ⚫ Kepelbagaian matawang & kadar yang sentiasa dikemaskini : Akaun prabayar dipautkan kepada modul penukaran mata wang dalam aplikasi, membolehkan pengguna menyimpan baki dalam ringgit atau ditukar secara automatik ke Saudi Riyal pada kadar yang ditetapkan sebelum transaksi. Ini mengurangkan keperluan bawa tunai dan pendedahan kepada kadar tukaran yang berbeza-beza. ⚫ Kad fizikal/virtual prabayar atau peranti bercip mikro : Jemaah menerima kad fizikal ringan atau peranti bercip mikro sementara yang hanya diaktifkan untuk tempoh rasmi Haji/Umrah, serta kad maya (virtual card) untuk pembayaran NFC/online — kedua-duanya berasaskan baki prabayar dalam aplikasi. ⚫ Keselamatan berbilang lapisan : tapisan dengan menggunakan piawaian yang ditetapkan seperti EMV untuk transaksi bersemuka, berbentuk token maya untuk pembayaran digital, pemantauan diantara penghujung, dan had nilai pertransaksi/persetujuan transaksi untuk mengurangkan risiko. Pengaktifan hanya semasa musim mengurangkan pendedahan jangka panjang. ⚫ Pengurusan kehilangan & kawalan jauh : Fungsi nyahaktif segera melalui aplikasi, pembekuan baki, serta prosedur pemulihan dan tuntutan insurans untuk dana yang hilang atau kecurian. ⚫ Pengesahan & pematuhan : MFA(pengesahan secara pelbagai)/biometrik untuk pengesahan, pematuhan kepada standard keselamatan kewangan (contohnya PCI-DSS) dan perlindungan data peribadi (akan selari dengan PDPA/GDPR seperti diperlukan). ⚫ Kecemasan : Tambah nilai melalui pemindahan bank, kebajikan Tabung Haji, atau e-wallet, sokongan akses wang kecemasan kepada pembimbing atau pejabat rasmi melalui saluran yang selamat. ⚫ Audit & ketelusan : Rekod transaksi terperinci membantu akauntabiliti, laporan perbelanjaan kumpulan, dan memudahkan pengurusan subsidi atau sumbangan rasmi. Elemen ini mengutamakan kemudahan pengguna merentas sempadan matawang sambil mengekalkan tahap keselamatan tinggi dan kawalan operasi yang hanya aktif sepanjang musim Haji/Umrah. 5.0 Kesihatan dan Keselamatan Kesihatan dan keselamatan jemaah merupakan aspek kritikal dalam memastikan ibadah Haji dan Umrah berjalan lancar dan selamat. Aplikasi yang dibangunkan perlu menumpukan kepada fungsi- fungsi berikut: ⚫ Pemantauan kesihatan secara berterusan melalui peranti boleh pakai yang mengesan tanda- tanda yang utama seperti degupan jantung, tekanan darah, dan suhu badan. Data ini membolehkan amaran awal dikeluarkan sekiranya terdapat risiko keletihan, strok haba, atau masalah kesihatan lain. ⚫ Sistem pemberitahuan dan amaran kesihatan yang memberi notifikasi kepada jemaah dan pembimbing sekiranya tanda-tanda risiko dikesan, membolehkan tindakan segera diambil seperti berehat atau mendapatkan rawatan. ⚫ Panduan kesihatan dan keselamatan yang termasuk tips pencegahan penyakit, langkah menjaga kebersihan, serta panduan pemakanan dan hidrasi semasa musim Haji dan Umrah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=