E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 359 KECERDASAN BUATAN PERINGKAT TERTINGGI DI DALAM HAJI DAN UMRAH 1 Humaidi bin Mat Jahya, 2 Ahmad Safuan , 3 Ahmad Zaid , Muhamad Muizuddin bin Mohmad Nor ( Lead Presenter ) 1 Maahad Muhammadi Kota Bharu, Malaysia; 2 Islamic Univercity of Medina, Kingdom of Saudi Arabia; 3 Al- Azhar University, Egypt Emel : mymkmkel@gmail.com ABSTRAK Kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi semakin memainkan peranan penting dalam menghubungkan rangkaian maklumat dalam semua aspek maklumat dan pendidikan, termasuk juga pengurusan dan pemantauan harian. Seiring dengan perubahan besar dalam era ini, kedua-dua elemen tersebut seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai hasil yang lebih baik dalam mempermudahkan urusan yang berkaitan. Dalam konteks Haji dan Umrah, kedua-dua elemen ini boleh berfungsi sebagai pemudahcara dan panduan dalam pengurusan, seperti persediaan awal, perjalanan, penentuan lokasi-lokasi penting, jadual aktiviti, dan pengecaman kedudukan dan sebagainya. Teknologi ini bukan sahaja memberi bimbingan mengenai prosedur ibadah, seperti Tawaf, Sa’i, dan Wukuf, tetapi juga membantu jemaah merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien.Namun begitu, teknologi ini tidak boleh menjadi rujukan utama dalam soal fiqh ibadah. Sebaliknya, ia perlu berfungsi sebagai alat bantu yang melengkapkan pengetahuan yang sudah ada melainkan jika maklumat yang bertepatan dengan muzakarah Tabung Haji telah dijadikan algoritma sepenuhnya untuk rujukan bagi jemaah Haji Malaysia. Selain itu, AI juga boleh memainkan peranan dalam memantau kesihatan jemaah, dengan memberi amaran terhadap tanda- tanda keletihan atau masalah kesihatan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengusulkan cadangan- cadangan utama yang perlu ada dalam mereka cipta aplikasi berasaskan AI yang akan membantu pembimbing dan jemaah dalam merealisasikan ibadah Haji dan Umrah bertemakan ilmu, efisien, dan lancar. Kata kunci : Kecerdasan buatan (AI), Digitalisasi, Haji dan Umrah, Apliakasi, Tabung Haji. PENDAHULUAN Kecerdasan Buatan (AI) dan digitalisasi kini menjadi elemen penting dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, pengurusan maklumat, dan pemantauan harian. Dalam era transformasi digital, teknologi ini berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan dalam keseluruhan pengurusan dan apa yang berkaitan dalam konteks ibadah Haji dan Umrah. Ibadah Haji dan Umrah melibatkan pergerakan jutaan jemaah dalam tempoh yang singkat, menjadikan aspek pengurusan dan bimbingan satu cabaran yang sangat besar. Penggunaan teknologi kecerdasan buatan ini dapat membantu jemaah dari aspek penunjuk arah,perancangan perjalanan dan sebagainya, serta memahami praktikaliti ibadah dari awal hingga akhir secara sempurna. Selain itu, teknologi ini juga mampu memberi peringatan masa terkini, menyusun jadual aktiviti, dan memantau kesihatan jemaah dengan mengesan tanda-tanda keletihan atau masalah kesihatan. Fungsi ini dapat meningkatkan keselamatan dan kelancaran ibadah. Namun demikian, teknologi ini tidak boleh dijadikan rujukan utama dalam soal hukum dan fiqh

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=