E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 357 IMPLIKASI CADANGAN Cadangan penambahbaikan ini bertujuan menampakkan lagi nilai keeklusifan dan penjenamaan KAH sebagai satu-satu platform yang amat rasional untuk diterapkan kepada bakal-bakal haji di era kecerdasan buatan masa kini. Sudah pasti apabila tindakan diambil terhadap cadangan yang dikemukakan, maka pasti akan menyusul implikasi yang akan dihadapi oleh pihak penganjur dan selainnya. Pihak TH sebagai penganjur utama KAH merupakan pihak yang akan berhadapan dengan implikasi tersebut terutama dari aspek perancangan dan penyediaan kos peruntukan tambahan hasil daripada penjenamaan KAH ini. Antara item yang akan melibatkan tambahan kos peruntukan tersebut seperti penyediaan dewan kursus lebih formal, dilengkapi dengan sistem audio visual yang terkini sebagai tempat kursus, jika tiada kemudahan tersebut di masjid yang menjadi pusat KAH. Juga dengan penyediaan buku nota standard, slaid info grafik, klip video, urusan grafik untuk demonstrasi dan simulasi dan sebagainya. Nota-nota KAH perlu ditonjolkan secara lebih berkarismatik sebagai sebuah buku rasmi yang dapat digunakan bukan hanya semasa kursus berlangsung, bahkan menjadi rujukan sepanjang masa dalam ibadat haji, bahkan semasa peserta berada di Tanah Suci. Sebenarnya kos percetakannya boleh dijimatkan jika tidak melibatkan banyak halaman seperti buku nota KAH yang sedia ada kini. Nota KAH perlu diubah menjadi satu buku yang lengkap dengan modul kursus, bukan dengan hanya percetakan slaid persembahan yang digunakan oleh pengkursus (seperti yang sedia ada sejak mula dicetak hingga kini). Pusat-pusat KAH yang agak padat kapasiti pesertanya (antara 300-600 orang atau ke atas) apabila diminimumkan akan mewujudkan beberapa pusat kursus yang baharu, dan juga melibatkan pengambilan pengkursus baharu (dalam kalangan PEKTA). Begitu juga dengan cadangan pertambahan bilangan kursus antara 1-3 kali pertemuan lagi. Boleh dikatakan semua tindakan yang akan diambil terhadap cadangan kajian, akan mendatangkan implikasi terhadap pihak pengurusan seperti pertambahan kos peruntukan untuk pelaksanaan KAH di seluruh negara. Walau apa pun implikasi yang perlu dihadapi termasuk kenaikan kos peruntukan dan sebagainya, KAH tetap perlu mengorak langkah drastik merealisasikan kecemerlangannya dalam misi mengutamakan kebajikan jemaah haji, kerana kebajikan dalam bentuk menyalurkan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji dan umrah kepada bakal jemaah haji sepatutnya menjadi satu kemestian. KAH dalam masa yang sama juga perlu menyediakan kursus yang memperolehi piawaian yang berjenama tinggi serta mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. RUMUSAN KAH telah menjadi satu jenama kursus yang telah bermula dan dikenali sejak beberapa dekad lamanya sebagai satu platform terunggul untuk bimbingan dan latihan bakal-bakal haji Malaysia. Apa sahaja bentuk implikasi untuk tindakan penambahbaikan perlu dirancang dan dilaksanakan jua demi penjenamaan KAH agar lebih bersifat eksklusif, berinovatif dan kreatif, sesuai dengan keberadaannya di era kecerdasan buatan masa kini. Tambahan pula, kebajikan jemaah haji termasuk persiapan jemaah haji sebelum keberangkatan dan semasa di Tanah Suci adalah menjadi tonggak utama penubuhan TH . Dalam web rasmi TH (https://www.tabunghaji.gov.my) dinyatakan bahawa “ Lembaga Tabung Haji ( TH ) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan jemaah haji Malaysia”. Sayugia diingatkan, kajian tinjauan awal ini menghasilkan dapatan kajian yang menunjukkan kepada objektif kajian dalam skop yang agak terhad. Dapatan ini walaupun berkemungkinan bukan bersifat menyeluruh, namun paling tidak ia dapat memperihalkan kedudukan pelaksanaan kursus di keseluruhan pusat KAH. Walau bagaimana pun, kajian ini dapat memberikan dapatan yang agak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=