E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 355 yang dah balik haji, kot...pasal menabung di TH ker, atau lain2 ikut kesesuaian. Minggu 2 boleh wat kartun (karikatur) tentang falsafah...minggu 10 tentang kartun perjalanan umrah atau tawaf wada'.. buat kartun tuu...ni semua nok wat menarik perhatian jemaah laa”. Dapatan ini juga bersamaan dan bertepatan dengan kajian Syed Abdul Aziz, et.al (2014), yang menyimpulkan bahawa pemahaman jemaah haji dalam pelaksanaan ibadat haji masih lagi belum memuaskan disebabkan mereka tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan ibadat tersebut. Oleh itu, pendekatan visual haji dalam kalangan jemaah haji adalah pendekatan baharu untuk memberi gambaran sebenar mengenai pelaksanaan ibadat tersebut. Kajian ini juga menegaskan bahawa pendekatan visual terhadap pembelajaran haji melalui menggunakan perisian dan peralatan elektronik, model-model bersifat prototaip seperti simulasi 3D ibadat tawaf, melontar dan lain-lain. Kajian mendapati jemaah haji menyatakan sokongan sangat bersetuju terhadap pembelajaran seumpama ini. DAPATAN KAJIAN DAN CADANGAN Kajian mendapati bahawa kursus ini memberikan impak yang begitu besar terhadap bakal haji dari aspek pengetahuan terhadap ibadat yang akan dilaksanakan, kekuatan dari aspek ilmu dan penyampaian, serta komitmen yang tinggi daripada bahagian bimbingan TH . Rata-rata dalam kalangan peserta kursus KAH dan pengkursus yang terlibat menyampaikan KAH ini mempunyai pandangan dan persepsi yang amat positif terhadap pelaksanaan kursus ini. Antara tema rumusan yang dapat dihasil melalui analisis kajian ini adalah seperti berikut: 1. KAH memberikan impak yang besar kepada pengetahuan dan kemahiran bagi bakal jemaah haji untuk mendalami hal ehwal peribadatan haji dan umrah. Peserta memberikan harapan yang tinggi terhadap penganjuran KAH sebagai satu kursus yang yang memberikan manfaat yang besar kepada bakal jemaah haji. 2. KAH memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta kursus. Penyertaan ini bukan sahaja dalam kalangan peserta yang mendapat jemputan kursus atau jemaah terpilih untuk tahun semasa, bahkan juga daripada peserta yang belum pasti status giliran haji mereka. Bahkan ramai dalam kalangan peserta yang telah berkali-kali menghadiri KAH (Rujuk informan A1 telah menghadiri KAH selama 8 tahun, dan informan A2 telah menghadiri KAH selama 6 tahun). 3. KAH mempunyai modul dan isi kandungan yang sesuai dan mencukupi untuk persediaan bakal jemaah haji menunaikan ibadat haji mereka dengan sempurna. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan modul selama 11 minggu (termasuk amali) bersesuaian, begitu juga dengan peruntukan 3 jam setiap kali pertemuan di setiap minggu. 4. Peserta KAH berpuas hati dengan bentuk penyampaian yang dilakukan oleh pengkursus KAH (PEKTA), penyampaian spontan, mudah difahami, banyak menggunakan bahasa tempatan, ada sedikit unsur-unsur jenaka, dan melayani serta menjawab semua persoalan yang dikemukakan dengan tepat. 5. Peserta berpuas hati dengan penggunaan bahan bantu terutama slaid info grafik pembentangan yang digunakan dalam KAH, memudahkan kefahaman mereka semasa penjelasan yang diberikan. Begitu juga dengan buku nota yang bercetak amat memberikan impak yang besar kepada mereka khususnya semasa kursus berlangsung dan untuk proses ulang kaji ( murajaah) . Namun terdapat beberapa aspek yang boleh diberikan nilai tambah terhadap pelaksanaannya sesuai dengan tahap bimbingan era kecerdasan buatan masa kini. Berdasarkan analisis dokumen, pengalaman pengkaji, dan hasil temu bual yang dijalankan bersama peserta dan pengkursus KAH (PEKTA), kajian ini memaparkan beberapa cadangan agar KAH dapat ditampilkan dengan lebih bertenaga, berdaya saing dan selari dengan era kecerdasan buatan. Pelaksanaan cadangan ini mengharapkan KAH dapat dinaiktarafkan sebagai kursus yang bersifat ekslusif dan dapat meraih penjenamaan bertaraf dunia.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=