E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 354 amali. Alatan audio visual agak lemah bahkan tidak dapat dilakukan atas factor tiada kelengkapan tersebut, kalua ada pun hanya di masjid-masjid tertentu sahaja, bahkan di setengah masjid penggunaan mikrofon dan speaker pun masih ada yang kurang berfungsi. Aspek penggunaan teknologi digital pula, rata-rata KAH menggunakan slaid yang dipancarkan ke layar ( screen ). Cuma ia banyak bergantung kepada kemudahan prasarana di sesebuah masjid yang dijadikan tempat kursus. Ada layar yang agak lama, kabur dan tidak jelas, ada layar atau screen TV yang terlalu kecil berbanding dewan solat yang luas, tidak boleh menggunakan internet secara langsung, projector yang digunakan tidak dapat memberikan imej yang jelas. Situasi ini menyebabkan pengkursus tidak banyak yang menggunakan persembahan audio visual dalam persembahan mereka walaupun mempunyai bahannya. Banyak peserta yang menyokong penggunaan bahan bantu semasa kursus berlangsung bahkan perlu dijadi satu kemestian, antaranya informan (A6) mengatakan: “untuk topik -topik tertentu, saya rasa perlu sangat guno, supaya bakal-bakal haji boleh bayangkan dan lebih faham lagi ….” Pandangan informan (A8) juga menjelaskan: “BBM yang digunakan hendaklah dipertingkatkan lagi dan dicadangkan menggunakan tayangan, untuk peserta lebih jelas melihat apa yg berlaku, yang salah dan yang betul.” Informan (A4) juga memberikan saranan yang sama: “Guno bahan bantu serupo (seperti) slaid dan buku modul boleh bagi kefahaman yang jelas ko (kepada) peserta, kalu nak molek lagi banyakkan bahan visual serupo video praktikal ibadat dan boleh tingkatkan kemahiran pembimbing kito dalam teknologi digital.” Sebenarnya keperluan tajuk-tajuk KAH untuk dipersembahkan dalam keadaan yang menyerupai keadaan sebenar di Tanah Suci amat diperlukan. Persembahan pembentangan seumpama ini sudah perlu digarapkan bagi meningkatkan kefahaman jemaah. Justeru persembahan yang lebih bermaya seperti menggunakan elemen-elemen bahan bantu video, protaip, simulasi dan sebagainya sepatutnya sudah menjadi keutamaan dalam KAH. Kajian Syed Abdul Aziz et.al (2014) menunjukkan jemaah haji yang telah berada di tanah suci masih mengemukakan banyak persoalan mengenai rukun dan wajib haji walaupun ia telah diajar semasa kursus di tanah air. Dapat disimpulkan bahawa pemahaman jemaah haji Malaysia dalam pelaksanaan ibadat haji masih lagi belum memuaskan disebabkan mereka tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan ibadat tersebut. Informan (A2) pula mengadu hal yang berkaitan penyediaan bahan bantu seperti alatan siaraya dan alatan audio visual yang perlu dimantapkan lagi bagi memberi impak yang berkesan kepada peserta KAH: “PA sistem perlu mantap laa, semua screen TV perlu berfungsi sebab kadang-kadang screen TV di depan sajo yang on. Bahan-bahan ko (kepada) peserta pulok, serupo (seperti) doa-doa minta peserta download sendiri dalam telefon masing- masing.” Ada juga cadangan yang agak terkehadapan diberikan oleh setengah informan. Informan (A7): “Cadangan saya diadakan sesi zoom in dengan peserta terpilih. Contohnya sesi couching seminggu/sebulan sekali bersama ustaz/ustazah berpengalaman bagi menjawab setiap persoalan yang masih belum difahami. Ujian/peperiksaan untuk melihat pemahaman bagi modul yang diajar setiap minggu perlu jugak ada.” Kebanyakan informan pengkursus (B1-B7) juga turut memberikan pandangan yang positif tentang penggunaan bahan bantu semasa kursus, antaranya kata-kata informan (B4): “Penggunaan teknologi terkini memang perlu, sekurang- kurangnya video tentang suasana kat sana diperbanyakkan.” Informan (B5) mengemukakan saranan: “BBM sudah bersesuaian dah, cuma pastikan screen lebih besar untuk setiap masjid agar nampak lebih jelas. Penggunaan smart TV yang bersaiz kecil tidak sesuai untuk keluasan masjid.” Informan (B2) pula mengesyorkan agar bahan bantu KAH perlu dimasukkan elemen kecerdasan buatan, katanya: “Selitkan beberapa info berkaitan ibadat haji dengan menggunakan teknologi AI semasa kursus KAH.” Informan (B3) juga memberikan saranan untuk menerapkan elemen kecerdasan buatan dalam pembentangan KAH: “Muqaddimah KAH setiap minggu 1-10, dalam masa 5-7 minit, promosi iklan AI (orang betul/kartun) secubit pengalaman yang belum dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=