E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 353 simulasi dan penayangan bahan-bahan audio visual. 5) Penyampaian Pengkursus KAH Rata-rata informan mengakui bahawa pengkursus KAH mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penyampaian. Pengkursus bersifat terbuka untuk menerima soalan daripada peserta dan dapat memberikan jawapan dengan baik terhadap soalan yang diajukan kepada mereka. Namun ada juga pengkursus yang dilihat kurang berpengalaman dalam pelaksanaan ibadat haji dan umrah secara praktikalnya. Ini berkemungkinan ada kalangan pengkursus yang masih belum mempunyai pengalaman bertugas semasa di Tanah Suci. Ada juga informan yang mencadangkan agar pengkursus lebih bersifat santai dan banyak melakukan demonstrasi dan praktikal, berbanding teori. Begitu juga ada saranan informan peserta agar dipertingkatkan kemahiran para pembimbing dalam teknologi digital agar penyampaian lebih menarik. Informan (A8) mengemukakan cadangan: “Pembimbing kalu boleh hendaklah yang terlatih dan yang kerek (kerap) bertugas di Makkah bersama jemaah haji, kerana kito nak pengalaman itu hok pentingnya.” Informan (A7) juga berpandangan sedemikian: “Pengkursus sangat membantu walau ada yang masih memerlukan tunjuk ajar dari pembimbing yang lebih berpengalaman.” Informan (A3) pula ada menyatakan : “Penyampaian nak ko yang terlatih, ado sifat dua hala… ada soal jawab. Perlu orang tempatan supaya mudoh faham dan keno guno bahasa tempatan.” Respons informan (A4) pula sangat positif terhadap pengkursus: “Pembimbing KAH menunjukkan penyampaian yang terlatih dan mudah difahami. Aspek komunikasi dilihat berkesan kerana terdapat interaksi dua hala antara pembimbing dan peserta. Bahasa yang digunakan jelas, mudah dan sesuai dengan tahap kefahaman peserta. Cadangan saya pembimbing keno kekal gaya penyampaian yang santai beserta praktikal untuk menarik minat peserta”. Informan (B1) pula menyokong kebanyakan pandangan informan peserta: “Rata -rata pembimbing sudah berpengalaman. perlu juga didedahkan dengan maklumat terkini dan resolusi Muzakarah Haji Kebangsaan demi menyelaraskan semua kursus.” Kenyataan sokongan kepada data ini dapat dilihat pada kajian Amran, et al. (2018) yang mendapati pengkursus menggunakan kaedah pengajaran bersesuaian dengan orang awam yang mempunyai pelbagai latar belakang iaitu kaedah syarahan, kuliah, penerangan, bercerita, dialog, perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, demonstrasi dan simulasi. Manakala kajian yang dibuat oleh Syed Abdul Aziz, et al. (2014) mendapati sebanyak 73.1% jemaah haji menyatakan cemerlang terhadap ceramah yang disampaikan oleh pengkursus KAH. 6) Penggunaan bahan bantu KAH Kebanyakannya bersetuju dengan bahan bantu terutama slaid persembahan (yang disediakan oleh pihak bimbingan TH ) yang digunakan dalam KAH. Di samping itu ada nilai tambah kerana terdapat pengkursus yang menggunakan bahan-bahan maujud yang disediakan sendiri semasa kursus berjalan. Slaid persembahan yang digunakan menarik, ringkas dan padat. Walau bagaimanapun, terdapat setengah informan yang mengadu tentang penggunaan alat mikrofon dan speaker yang berfungsi dengan agak minimum. Layar screen pula terlalu kecil saiznya berbanding ruang dewan solat yang luas, begitu juga pancaran pantulannya yang kurang jelas, ditambah dengan tiada impak suara (audio visual) jika ingin digunakan oleh pengkursus. Namun dengan adanya buku nota yang disediakan amat bermaafaat kerana peserta boleh menumpukan perhatian semasa penerangan disampaikan dalam kursus dan boleh dijadi rujukan di rumah masing-masing. Cuma terkadang buku nota agak lambat diedar kepada peserta dan hanya peserta terpilih sahaja yang dibekalkankan secara percuma. Rata-rata informan inginkan bahan bantu mencukupi dan berfungsi dengan baik semasa pengajaran kursus berlangsung. Peserta juga mencadangkan agar diperbanyakkan item dan bahan audio visual khususnya untuk menampakkan kepraktikalan ibadat di Tanah Suci. Ada dalam kalangan informan pengkursus yang mengakui tentang kekurangan bahan bantu selain slaid pembentangan, terkadang tidak disediakan replika kaabah untuk

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=