E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 352 Pandangan pengkaji juga dapat merasakan bahawa tempoh antara 2 jam setengah hingga 3 jam adalah tempoh yang amat sesuai dengan situasi peserta KAH, ditambah dengan faktor usia, kedudukan bersila dalam ruang solat, kepelbagaian tahap penguasaan dan lain-lain. Pembelajaran andragogi wajar amat dititik beratkan dalam KAH kerana sedia maklum akan status dan kedudukan peserta dari aspek usia, kesihatan, status pendidikan, tahap professional dan sebagainya. Pengkursus sentiasa berada dalam dilema antara memberikan masa lebih untuk bertenang dan beristirahat dengan menyelesaikan sukatan modul KAH. Begitu juga dilema dalam menyampaikan kursus antara golongan yang lambat dengan yang cepat dalam memahami satu-satu isu yang disampaikan. 4) Tempat Diadakan KAH Ada sedikit perbezaan pandangan dikemukakan, ada yang menyokong untuk diadakan di masjid, namun ada juga yang mengesyorkan di sebaliknya. Tempat kursus memang sesuai diadakan di masjid terutama disebabkan beberapa perkara lain yang boleh dimanfaat seperti beriktikaf. Walau bagaimanapun, ada yang mencadangkan agar dilakukan di tempat yang lebih khusus seperti dewan atau bilik seminar kerana kursus di dewan solat akan menimbulkan masalah kepada wanita yang uzur. Begitu juga dewan solat tidak mempunyai kerusi dan meja bagi mengatasi persoalan lenguh-lenguh sendi dan sakit belakang apabila duduk bersila dalam tempoh masa yang agak panjang. Jika boleh berada di atas kerusi dan meja maka peserta lebih selesa belajar, dan boleh menumpu perhatian yang lebih terhadap kefahaman penyampaian kursus. Begitu juga jika ada kudapan, maka untuk makan minum di ruang solat tidak menampakkan kesesuaian. Informan pengkursus juga berpandangan sedemikian, masjid memang sesuai, tetapi sekiranya dapat diadakan dalam dewan khusus (sama ada dewan di masjid atau di luar) yang dilengkapi dengan kerusi dan meja adalah lebih memberi keselesaan kepada peserta. Informan (A6) yang bersetuju diadakan di masjid berasaskan kepada nilai tambah ibadat yang mereka boleh lakukan di samping berkursus: “doh sesuai doh dalam dewan solat masjid nih, sebelum masa kursus mula, kami boleh dulu solat tahiyyatul masjid, solat sunat dhuha dan niat iktikaf atas masjid, semua tuh dapat pahala….” Namun informan (A4) berpandangan: “Tempat yang disediakan sesuai, tapi lebih selesa lagi kalu ada sediakan kerusi kepada peserta.” Informan (A2) mewakili rata- rata informan lain yang berpandangan hampir sama: “Pada pendapat saya laa, memang sesuai doh diadakan kursus di masjid, di samping dapat ilmu mengenai haji, boleh gak pahala iktikaf. Sepanjang 6 tahun berkursus semua peserta akan duduk bersila. Tapi ada orang ada masalah tak leh duduk, biasanya disediakan kerusi. Ni sebab ramai peserta hok mari warga emas, doh laa masa kursus pun agak lama. Jadi saya mencadangkan pada masa yang akan datang lebih baik disediakan kerusi dan meja untuk memberi keselesaan kepada peserta. Peserta juga akan dapat memberi lebih tumpuan dan kefahaman.” Informan (A1) berpandangan sedemikian juga: “Memang tidak dapat dinafikan, kursus bermeja dan berkerusi lebih selesa, kurang kebas dan lenguh... Saya perati (lihat) selama 8 tahun berkursus, jemaah berebut-rebut kerusi kat masjid untuk nak bersandar, tapi tak sapa (sampai) 10 yg disediakan. Ia sangat membantu mengurangkan lenguh belakang dan pinggang.” Informan (B4) menyokong pandangan kebanyakan informan lain: “Tempat. lebih sesuai jika ada meja dan kerusi. Doh laa ruang masjid besar ... TV lak kecik ... banyak jemaah lebih suka cari dinding untuk bersandar. Masjid lak terhad untuk mereka yang suci dari hadas besar sajo.” Pengkaji mendapati rata-rata bersetuju ruang solat dijadikan sebagai tempat kursus berasaskan kepada beberapa kepentingan dari aspek ibadat dan ganjaran pahala. Namun jika diberikan pilihan, kebanyakannya lebih menyukai dewan/bilik khusus untuk berkursus. Berdasarkan pengalaman, pengkaji juga dapat merasai keselesaan peserta lebih berorientasikan tempat yang mempunyai kemudahan untuk berkursus dalam jangka masa yang agak panjang seperti kemudahan kerusi dan meja. Bahkan juga menjadi keselesaan kepada pengkursus apabila melihat peserta berada dalam keadaan bersedia untuk berkursus, bukan seperti mana keberadaan untuk mendengar tazkirah, kuliah subuh atau maghrib. Ini kerana KAH ada modul, sukatan, slaid, nota dan selainnya seperti aktiviti demonstrasi,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=