E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 350 1) Jumlah peserta KAH Kebanyakannya informan/peserta (A1-7) bersetuju KAH dibuka kepada umum untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Dari aspek bilangan peserta, kebanyakan informan bersetuju KAH diadakan secara terbuka agar memberi peluang kepada semua orang untuk menyertainya, ada juga peserta yang terpilih lewat mendapat jawaban, bahkan ada informan yang sangat jauh persepsi positifnya terhadap kursus secara terbuka ini. Antara faktor bersetuju kerana dapat memberi peluang kepada semua orang, boleh memberi semangat dan azam kepada semua orang untuk menunaikan haji, ilmu tentang haji perlu dipelajari oleh semua orang bukan yang hendak mengerjakannya sahaja, dan boleh memberi pendedahan awal tentang ibadat haji khusus bagi yang ada hasrat tetapi belum mencukupi dana dalam simpanan. Paling menarik ada yang mengatakan bahawa dasar keterbukaan KAH dapat menghilangkan persepsi negatif kepada Masyarakat; kerana jika tidak terpilih melaksanakan ibadat haji disebabkan tempoh menunggu, paling kurang dapat menghadiri KAH pun telah memadai. Contohnya seperti mana jawapan informan (A1) mengatakan: “comel laa wat gituh, bilo wat terbuka, boleh wi peluang banyak kali mari kursus, boleh wi semangat ko yang belum terima tawaran, tambah lagi hok terpilih terima tawaran lewat doh. Kalu kursus jah untuk ore terpilih sajo, ore akan mikir negatif, mereka akan kato doh laa nak gi haji pun lambat, kursus pun kena sekat.” Informan (A6) pula: “saya rasa patut bagi peluang ko semua ore untuk ikut kursus haji ni sebab meme dia ilmu yang patut semua ore belajar tak kiro gi ko dok ...” Namun ada informan yang tidak bersetuju di atas faktor-faktor tertentu seperti komitmen yang rendah daripada peserta yang masih belum mendapat panggilan/terpilih, juga menyebabkan kursus terlalu padat hingga menimbulkan ketidakselesaan bagi yang betul-betul berkursus, tambahan pula jika bilangan peserta tidak terlalu ramai memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan pengkursus. Beberapa informan termasuk yang bersetuju KAH ini diadakan secara terbuka juga turut mencadangkan agar bilangan peserta dikurangkan Adalah terlebih baik bagi pelaksanaan kursus yang standard dan selesa. Informan (A7) mengatakan: “Peserta sedikit lebih baik daripada ramai untuk bagi keselesaan kepada para peserta semasa sesi penerangan, pembelajaran dan soal jawab.” Manakala informan pengkursus KAH juga boleh dikatakan berpandangan yang sama dengan peserta KAH, mengalu-alukan keterbukaan KAH kepada sesiapa sahaja, bukan hanya kepada yang terpilih. Antara faktor yang menyokong bertujuan menyemarakkan majlis ilmu, menyebarkan kepentingan ibadat haji dan umrah, ilmu yang perlu diluas sebarkan kepada semua sama ada yang akan pergi menunaikannya ataupun yang belum, memberi peluang kepada semua, juga memberi peluang untuk hadir KAH secara tahunan, dan lain-lain. Namun informan pengkursus juga berpandangan sekiranya dapat diminimumkan adalah terlebih baik bagi memudahkan penyampaian dan interaksi boleh dilakukan secara lebih efektif. Ini ditambah dengan komitmen peserta di mana peserta terpilih lebih banyak memberikan komitmen dari aspek kehadiran dan mengemukakan pertanyaan, berbanding dengan yang tidak terpilih. Informan (B4) contohnya mengatakan: “elok juga dibuka kepada umum, sekurangnya boleh menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu haji ni. Jemputan haji juga jemputan Ilahi. Kadang-kadang terdapat jemaah terpilih nih di saat-saat akhir lak.” Informan (B6) juga berpandangan sedemikian: “ramai tu boleh la ore kata bagi peluang ko semua, tapi meme kalu kita dapat peserta yang sikit lagi baik, mudah sikit kita nak bersoal jawab dengan mereka.” Berdasarkan pengalaman pengkaji, walaupun ada elemen positif apabila KAH diadakan secara terbuka, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan kepada pengkursus dan juga peserta. Peserta-peserta yang tidak terpilih didapati agak kurang komitmen mereka dari aspek keberadaan mereka di dalam kursus. Tahap keseriusan mereka mempelajari kandungan kursus kurang menyerlah. Begitu juga dengan interaksi dan maklum balas semasa perbincangan dalam kursus. Jumlah yang begitu padat sememangnya kurang memberikan keselesaan kepada pengkursus sendiri untuk menyampaikan maklumat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=