E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 349 wada' dan ziarah Madinah. Walaupun buku nota ini diedar kepada peserta terpilih sahaja, namun nota modul ini juga boleh dimuat turun daripada laman sesawang Bahagian Bimbingan TH dari minggu 1 sehingga minggu ke- 10. Ini bagi memudahkan peserta KAH untuk mendapat modul secara digital tanpa bercetak. Bagi minggu ke-11 (kesihatan) & ke-12 (pengurusan) ia hanya akan dibentangkan dalam taklimat kursus yang dianjurkan berikutan maklumat tersebut perlu diberikan kefahaman secara bersemuka bagi mengelak sebarang ketidaktepatan dalam info dan maklumat yang disalurkan. Manakala minggu ke-13 adalah slot penutup yang akan diisi dengan rumusan kursus dan amali untuk keseluruhan modul. Manakala said info grafik pembentangan sepanjang kursus berlangsung telah disediakan oleh Bahagian Bimbingan TH khusus untuk kegunaan pengkursus bagi tujuan penyelarasan dari aspek penyampaian di semua pusat kursus di seluruh negara. Para pengkursus yang terdiri daripada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) yang bertauliah akan dilantik oleh Bahagian Bimbingan TH untuk menyampaikan kursus ini kepada para peserta bagi memberi jaminan segala maklumat yang disampaikan menepati fakta, sahih dan bersifat semasa. Sebagai makluman, Bahagian Bimbingan TH sentiasa berusaha memberikan bimbingan berterusan dari semasa ke semasa (pembaharuan) berkaitan ibadat haji kepada bakal haji melalui KAH. Boleh dikatakan KAH adalah satu bentuk bimbingan dan latihan bersifat paling eksklusif yang disediakan oleh TH yang memberikan pendedahan kepada bakal haji tentang hal ehwal urusan haji merangkumi seluruh aspek peribadatan yang akan dilaksanakan oleh mereka nanti apabila berada di Tanah Suci. ANALISIS DAN PERBINCANGAN Pengkaji telah melakukan semakan dan analisis terhadap beberapa bentuk dokumen dalam bentuk penyataan laman web rasmi TH , nota-nota kursus, slaid pembentangan, kajian lepas yang berkaitan dan lain-lain. Hasil semakan mendapati dokumen-dokumen tersebut telah dapat menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan KAH. Kajian mendapati dokumen-dokumen berkenaan dapat memaparkan dengan jelas maklumat-maklumat utama berkaitan KAH termasuk prosedur pelaksanaannya. Dapatan merumuskan bahawa KAH telah menjalani satu proses berdasarkan prosedur secara sistematik dan terancang hinggakan setiap musim haji KAH akan dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan. Hasil daripada penelitian dokumen, pihak bimbingan TH telah menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan pelaksanaan KAH di seluruh negara. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat kembali dari aspek pelaksanaannya seperti jemputan kepada peserta untuk menghadiri KAH. Prosedur pemakluman untuk kehadiran kepada peserta KAH dilihat masih belum teratur dengan sepenuhnya. Ada jemaah terpilih yang masih tidak mengetahui kelangsungan KAH walaupun ia telah berlangsung selama 2-3 minggu menyebabkan kehadiran mereka hanya pada minggu-minggu berikutnya. Ini kerana mereka tidak mendapat makluman yang lengkap dan jelas tentang KAH pada tahun tersebut. Analisis daripada kajian lepas tentang KAH telah membantu penelitian susulan dengan lebih mudah khususnya dalam menyediakan kerangka dan jangkaan dapatan awal terhadap kajian ini. Hasil dapatan kajian-kajian ini banyak memberikan maklumat yang bermanfaat untuk diambil kira dan sewajarnya mendapat perhatian lanjut oleh pihak berkepentingan. Dapatan kajian ini dapat dilihat dalam sub tajuk kajian literatur dan kajian lepas sebelum ini. Hasil dapatan temu bual banyak memberikan impak terhadap hasil kajian. Ini ditambah pula dengan kaedah temu bual yang dilakukan terhadap informan peserta KAH (dilabelkan dengan A1-7) dan pengkursus KAH (dilabelkan dengan B1-7), di samping maklumat tambahan hasil pengalaman pengkaji sendiri. Item-item analisis dan dapatan tersebut sebagaimana berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=