E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 348 larangan ihram dan dam. Manakala kajian Syed Abdul Aziz et.al (2014) mendapati jemaah haji belum merasa puas terhadap pelaksanaan ibadat haji yang telah mereka lakukan. Mereka berhasrat untuk melakukan dam untuk rukun atau wajib haji yang dikhuatiri tidak sempurna, sedangkan dam was-was tiada landasan yang sahih dalam hukum syarak. Hasil kajian menunjukkan bahawa jemaah haji Malaysia masih mengemukakan banyak persoalan mengenai rukun dan wajib haji yang telah diajar semasa kursus di tanah air. Mereka juga didapati melakukan kesilapan dalam pelaksanaan ibadat haji melalui sesi soal jawab yang telah dipantau oleh Pejabat Pakar Rujuk Tabung Haji di Makkah. Jika dilihat memang telah ada usaha-usaha pendigitalan yang dilakukan oleh bahagian bimbingan TH , antaranya dengan memperkenalkan sistem e-TAIB, masih banyak persoalan mengenai ibadah yang ditimbulkan oleh jemaah haji semasa berada di Tanah Suci. Lebih 8000 persoalan ibadah diterima daripada jemaah haji setiap musim haji sejak bimbingan ibadah haji menerusi inisiatif digital talian ibadat elektronik atau lebih dikenali sebagai e-TAIB diperkenalkan. Antara persoalan popular yang dikemukakan adalah berkenaan larangan ihram dan persoalan ibadat haji wanita, di samping soalan-soalan ibadat lain yang berkaitan (Laporan oleh Bernama TV 15 Mei 2024). (https://www.facebook.com/watch/?v=999739845116727) . Walaupun mungkin fakta ini menggambarkan ketidakfahaman jemaah haji yang sudah semestinya melalui slot-slot kursus seperti KAH yang disediakan TH, namun ia memberi impak positif terhadap respons jemaah yang mengambil peduli tentang kesempurnaan ibadat mereka dan keberkesanan sistem yang disediakan. Kajian dalam aspek yang agak berbeza pula dilakukan oleh Sollah dan Seman (2016) yang mendapati majoriti responden (jemaah haji) menginginkan satu modul khas berkaitan bahasa Arab dapat dibentuk untuk membantu mereka dalam menunaikan haji dan umrah. Kajian ini dilakukan terhadap 300 orang yang pernah mengerjakan haji dan umrah. Sememangnya kursus haji adalah salah satu usaha TH untuk memberikan persediaan yang secukupnya kepada bakal-bakal haji dalam aspek ilmu agama terutama dalam ibadah haji. Hingga kini, pihak bimbingan TH telah menyediakan kursus haji ini kepada empat (4) bahagian iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH) dan Kursus Perdana Haji (KPH). KAH merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit (tambahan 30 minit lagi untuk istirahat) bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi'ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun. KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatan kuasa masjid berkenaan (melalui kebenaran Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci. Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Ini bermakna penyertaan bersigat terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kursus ini tanpa dikenakan sebarang bayaran. (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/bimbingan/kursus-haji-0) . Peserta KAH yang terpilih pula akan disediakan buku nota modul secara percuma, manakala yang lain dikehendaki membelinya dengan pihak TH jika berkemahuan. Modul tersebut akan merangkumi 10 minggu khusus tentang peribadatan haji dan yang berkaitan dengannya. Manakala 2 minggu lagi untuk slot pengurusan dan kesihatan, dan 1 minggu akhir untuk amali (semuanya 13 minggu). Kandungan modul ini adalah seperti berikut: Minggu 1 - sejarah & pengenalan tanah suci Makkah & Madinah, Minggu 2 - falsafah, penyucian jiwa, penerangan ringkas ibadat haji & umrah, Minggu 3 - rukun haji : niat ihram, wuquf & tawaf, Minggu 4 - rukun haji: saei, bercukur/gunting & tertib pada kebanyakan rukun, Minggu 5 - wajib haji : niat di miqat, larangan ihram, dam & mabit di Muzdalifah, Minggu 6 - wajib haji : melontar di Jamrah al-Kubra 10 Zulhijjah, mabit di Mina dan melontar pada hari-hari tasyriq dan nafar, M inggu 7 - jenis haji dan cara-cara mengerjakan haji, Minggu 8 - aurat dan izin suami, taharah dan solat , Minggu 9 - fiqh wanita dalam ibadat haji, d a n Minggu 10 - ibadat umrah, niat b ersyarat, tawaf
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=