E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 346 Tabung Haji ( TH ) sebagai satu-satunya institusi yang menguruskan hal ehwal haji di tanah air telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaras urusan bimbingan jemaah haji Malaysia. Justeru Bahagian Bimbingan TH berusaha untuk memberikan pendedahan awal kepada bakal- bakal haji sebelum keberangkatan mereka ke tanah suci. Kursus haji adalah salah satu usaha TH untuk memberikan persediaan yang secukupnya kepada bakal-bakal haji dalam aspek ilmu agama terutama dalam hal ehwal yang berkait rapat dengan amalan ibadah haji dan umrah khususnya di Tanah Suci (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/bimbingan/kursus-haji) . Salah satu pelaksanaan bimbingan haji yang paling utama dikendalikan oleh TH ialah Kursus Asas Haji (KAH). Kertas kerja ini akan memperihalkan beberapa aspek berkaitan KAH seperti modul, peserta, tempoh bimbingan, tempat, pembimbing, bahan bantu, dan lain-lain. Tumpuan kajian akan difokuskan terhadap penilaian keberkesanan kursus, kelebihan dan kekurangannya dari aspek tersebut. Pelaksanaan KAH sepatutnya memberikan implikasi besar dari aspek kognitif, efektif dan psikomotor yang sangat besar terhadap bakal-bakal haji Malaysia. Justeru pelaksanaan KAH dilihat perlu lebih berdaya saing serta bersifat eksklusif khususnya dalam era kecerdasan buatan masa kini. PENYATAANMASALAH, OBJEKTIF DANMETODOLOGI Ibadat haji merupakan ibadat yang dilaksanakan oleh seorang muslim sekali seumur hidup khusus yang telah memenuhi syarat- syarat “kemampuan” yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh dikatakan seorang muslim yang mendapat peluang ini perlu memastikan pelaksanaan ibadat ini dilakukan dengan cara yang paling sempurna. Justeru setiap muslim wajib mempelajari cara mengerjakan ibadat ini dan menguasainya dengan baik sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci dengan cara mendalami ilmu berkaitan dengan ibadat ini dan beberapa persoalan lain yang berkaitan. Pihak TH telah menyediakan pelbagai kursus seperti KAH sebagai persiapan kepada bakal haji. Sejak beberapa dekad yang lalu, KAH dijalankan melalui pemeringkatan perubahan dan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kefahaman bakal haji. Kepelbagaian golongan bakal haji dari aspek-aspek tertentu seperti umur, status keprofesionalan, tahap akademia, dan ditambah dengan kedatangan era digital dan kecerdasan buatan telah menggesa KAH dilaksanakan dengan lebih berdaya saing seriring dengan era tersebut. Melihat kepada beberapa dapatan kajian lepas, masih ada beberapa perkara berbentuk teknikal kecilan yang boleh diusaha baik terhadap pelaksanaan KAH. Justeru kajian perlu dijalankan untuk membuat penilaian terhadap KAH dari pelbagai aspek kesesuaian pelaksanaannya termasuk modul kursus, tempoh bimbingan, tempat, peserta, pengkursus, dan bahan bantu. Kajian tinjauan awal ini dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana persepsi dan penerimaan bakal haji atau peserta terhadap KAH yang dilaksanakan setiap tahun musim haji semasa. Kajian juga akan melihat keberkesanan KAH serta kesesuaian pelaksanaannya dari aspek-aspek modul kursus, tempoh masa kursus, jumlah peserta, tempat, penyampaian pengkursus, dan bahan bantu. Dapatan kajian ini penting dan diperlukan bagi memastikan bakal haji dapat melalui semua prosedur yang mereka laksanakan semasa mengerjakan ibadat ini dengan kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan. Akhirnya setiap jemaah akan dapat melaksanakan ibadat ini dengan cara yang terbaik dan sempurna bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh syarak. Disebabkan kajian ini meneroka pada peringkat awal dengan tujuan yang dihasratkan itu, maka kajian ini hanya akan menggunakan metodologi asas dalam kajian ini. Kajian berbentuk kualitatif ini hanya akan membuat analisis dokumen termasuk bahan-bahan bantu KAH, nota-nota, dan kajian-kajian lepas yang memperihalkan tentang KAH. Kaedah temu bual juga dilakukan, yang mana pengkaji memilih 7 orang informan peserta KAH dan 7 orang informan pengkursus KAH (PEKTA) yang akan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=