E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 345 KEPERLUAN KURSUS ASAS HAJI SEBAGAI PLATFORM BIMBINGAN HAJI BERSIFAT EKSKLUSIF DALAM ERA KECERDASAN BUATAN Azhar bin Muhammad, Rusmaizan binti Muda Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Emel : azharmy2@gmail.com ABSTRAK Ibadat haji merupakan ibadat yang dituntut sekali dalam seumur hidup. Justeru persiapan untuk pelaksanaan ibadat haji memerlukan kepada bimbingan yang lebih berdaya saing serta bersifat eksklusif. Ia diperlukan bagi memastikan bakal haji dapat melalui semua prosedur yang akan mereka laksanakan semasa mengerjakan ibadat ini dengan kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan. Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa berusaha memberikan bimbingan berterusan berkaitan ibadat haji kepada bakal haji melalui pelbagai kursus haji dan umrah. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji Kursus Asas Haji (KAH) yang dilaksanakan oleh Bahagian Bimbingan TH di seluruh negara pada setiap tahun musim haji semasa. KAH menyediakan bimbingan ibadat haji secara menyeluruh kepada bakal haji khususnya yang akan menunaikan ibadat tersebut pada tahun semasa. Kajian akan memperihalkan beberapa aspek berkaitan KAH seperti peserta, modul, tempat, tempoh masa kursus, pembimbing dan bahan bantu. Tumpuan kajian terhadap penilaian keberkesanan kursus, kelebihan dan kekurangannya. Kajian awal ini menggunakan metodologi kajian tinjauan, analisis dokumen termasuk kajian lepas, temu bual dan pengalaman luas pengkaji sebagai pembimbing kursus ini. Kajian mendapati KAH memberi impak yang besar terhadap bakal haji dari aspek pengetahuan ibadat bakal haji, kekuatan dari aspek penyampaian, penyampaian pengkursus dan bahan bantu. Namun terdapat beberapa aspek yang boleh diberikan nilai tambah terhadap pelaksanaannya sesuai dengan tahap bimbingan era kecerdasan buatan masa kini. Beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan pada akhir kajian agar menampakkan lagi nilai keeklusifan kursus ini sebagai satu-satu platform yang amat rasional untuk diterapkan kepada bakal-bakal haji. Kata kunci: bimbingan, eksklusif, kursus asas, bakal haji, kefahaman, pelaksanaan, penghayatan. PENDAHULUAN Ibadat haji merupakan rukun Islam yang lima. Pelaksanaan ibadat haji dan umrah diwajibkan hanya sekali seumur hidup, itupun bergantung kepada kemampuan seseorang muslim. Maka setiap muslim yang melaksanakan ibadat haji dan umrah ini perlu memastikan ia dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik terutama dari aspek kesempurnaannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah” (Surah al-Baqarah, 2:196) Kesempurnaan yang paling utama ialah dari aspek kesahihan melakukan ibadat ini melalui prosedur yang telah ditetapkan dalam syarak. Justeru menjadi satu kemestian bagi para jemaah yang tercalon (bakal haji) untuk menunaikan ibadat haji ini sebelum keberangkatan mereka ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadat ini terutama dari aspek bimbingan. Berdasarkan rasional ini, pihak Lembaga

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=