E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 342 saya” mencatat skor purata tertinggi (Min = 4.82, SP = 0.46). Dapatan ini jelas menunjukkan penghargaan responden terhadap pendekatan kolaboratif yang menggabungkan kepakaran perubatan moden dengan autoriti fiqh. Keputusan ini sekali gus memperlihatkan pengiktirafan terhadap keperluan integrasi interdisiplin dalam menangani isu wanita Muslim, khususnya berkaitan kesihatan reproduktif dan hukum ibadah. Selain itu, item “Bimbingan fiqh yang jelas membantu saya berasa lebih yakin untuk beribadah” turut merekodkan skor yang sangat tinggi (Min = 4.74, SP = 0.57). Hal ini membuktikan bahawa keyakinan ibadah wanita amat bergantung kepada kefahaman hukum yang tepat, sebagaimana ditekankan dalam resolusi fiqh seperti Muzakarah Haji ke-39 (2022) yang memberikan kelonggaran dalam kes dā’im al - ḥadath bagi memudahkan pelaksanaan ibadah. Tanpa penjelasan fiqh yang komprehensif, isu keputihan berpotensi menimbulkan waswas dan keraguan, sekali gus menjejaskan kualiti ibadah. Dari segi kesediaan memanfaatkan teknologi, dapatan menunjukkan skor tinggi pada item “Aplikasi mudah alih/infografik akan membantu saya membuat keputusan harian” (Min = 4.64, SP = 0.71). Hasil ini konsisten dengan kajian Junair et al. (2023) yang menegaskan bahawa infografik interaktif, aplikasi mudah alih, dan podcast merupakan medium efektif dalam pendidikan kesihatan wanita. Sokongan ini turut diperkukuh melalui item “Saya memerlukan garis panduan bergambar ringkas tentang keputihan & ibadah” (Min = 4.60, SP = 0.79) dan “Ceramah/podcast pendek lebih mudah difahami berbanding teks panjang” (Min = 4.52, SP = 0.86). Penemuan ini memperlihatkan bahawa gaya hidup wanita moden menuntut bahan pendidikan yang ringkas, visual, serta mesra pengguna. Akhir sekali, item “Saya berminat menyertai sesi pendidikan komuniti mengenai topik ini” turut mencatatkan skor yang tinggi (Min = 4.53, SP = 0.75). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden bukan sahaja memerlukan sokongan pada tahap individu, tetapi juga mengiktiraf kepentingan sokongan kolektif melalui penglibatan komuniti. Program pendidikan komuniti dilihat berpotensi meningkatkan kefahaman, mengurangkan waswas , serta memperkukuh jaringan sokongan sosial dalam kalangan wanita Muslim yang berhadapan dengan isu keputihan. Jadual 11: Purata dan Sisihan Piawai bagi item Keperluan Pendidikan & Sokongan Bersepadu Item Min SP Bimbingan fiqh yang jelas membantu saya berasa lebih yakin untuk beribadah. 4.74 .57 Saya memerlukan garis panduan bergambar ringkas tentang keputihan & ibadah. 4.60 .79 Aplikasi mudah alih/infografik akan membantu saya membuat keputusan harian. 4.64 .71 Nasihat bersepadu (doktor + ustaz/autoriti fatwa) meningkatkan keyakinan saya. 4.82 .46 Ceramah/podcast pendek lebih mudah difahami berbanding teks panjang. 4.52 .86 Saya berminat menyertai sesi pendidikan komuniti mengenai topik ini. 4.53 .75 Secara keseluruhannya, dapatan ini menegaskan bahawa wanita Muslimmempunyai keperluan yang sangat tinggi terhadap pendidikan bersepadu yang menghubungkan dimensi kesihatan dan fiqh. Mereka tidak hanya menuntut penjelasan hukum yang jelas, tetapi juga menginginkan pendekatan moden yang praktikal, digital, dan mudah diakses. Hal ini sejalan dengan literatur semasa yang menekankan bahawa pendidikan kesihatan reproduktif Muslimah perlu dirangka secara multidisiplin, melibatkan pakar perubatan, sarjana fiqh, institusi fatwa, serta medium teknologi pendidikan moden. Pendekatan ini diyakini mampu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=