E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 341 masalah keputihan” merekodkan skor purata paling rendah (Min = 2.68, SP = 1.38). Dapatan ini menunjukkan bahawa gangguan lebih dominan berlaku dalam ibadah rutin seperti solat berbanding ibadah bermusim seperti puasa atau haji. Hal ini selari dengan pemerhatian Satra et al. (2025) bahawa keputihan menimbulkan waswas berulang dalam kehidupan seharian, yang memberi kesan lebih signifikan kepada ibadah berjadual tetap seperti solat lima waktu. Jadual 9: Purata dan Sisihan Piawai bagi item Gangguan Ibadah akibat keputihan Item Min SP Saya sering berasa was-was tentang kesucian pakaian dan wuduk akibat keputihan. 3.33 1.40 Saya berasa kesukaran menunaikan solat kerana masalah keputihan yang berulang-ulang. 3.27 1.41 Saya kerap mengalami rasa was-was tentang sah atau batalnya solat kerana keputihan. 2.88 1.43 Saya mengalami kesukaran menunaikan ibadah (solat, puasa, umrah/haji) kerana masalah keputihan. 2.68 1.38 Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menegaskan bahawa keputihan memberi kesan nyata terhadap pengalaman ibadah wanita Muslim, meskipun pada tahap sederhana. Unsur waswas terhadap kesucian diri, pakaian, dan kesahan wudhu’ merupakan faktor utama yang mencetuskan gangguan, sebagaimana turut dilaporkan oleh Mohd Yusoff (2017) dan Satra et al. (2025). Walau bagaimanapun, kefahaman asas mengenai prinsip uzur syar‘i berperanan penting dalam mengekalkan keyakinan serta ketenangan responden, sekali gus mengurangkan beban psikologi yang mungkin timbul akibat masalah ini. Keperluan Pendidikan & Sokongan Bersepadu Dapatan kajian dalam Jadual 10 menunjukkan bahawa tahap keperluan responden terhadap pendidikan dan sokongan bersepadu berkaitan isu keputihan berada pada tahap yang sangat tinggi, dengan skor purata keseluruhan Min = 4.46 (SP = 0.46). Majoriti responden (94.5%) berada pada tahap tinggi, manakala hanya 5.5% berada pada tahap sederhana, dan tiada responden berada pada tahap rendah. Keputusan ini menegaskan bahawa isu keputihan tidak memadai ditangani melalui kefahaman fiqh atau amalan praktikal semata-mata, sebaliknya memerlukan suatu bentuk bimbingan yang sistematik dan integratif melibatkan disiplin kesihatan dan agama. Jadual 10: Tahap Keperluan Pendidikan & Sokongan Bersepadu Tahap Kekerapan Peratusan Min SP Rendah (1.00-2.33) 0 0.0 4.46 0.46 Sederhana (2.34 -3.67) 24 5.5 Tinggi (3.68 – 5.00) 411 94.5 Analisis item-item dalam Jadual 11 memberikan gambaran lebih mendalam tentang bentuk sokongan yang diinginkan responden. Item “Nasihat bersepadu (doktor + ustaz/autoriti fatwa) meningkatkan keyakinan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=