E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 343 meningkatkan keyakinan ibadah, mengurangkan stigma, serta meringankan beban psikologi yang sering timbul akibat masalah keputihan. PENUTUP Kajian ini menegaskan bahawa isu keputihan dalam kalangan wanita Muslim tidak wajar dilihat secara terpisah antara dimensi saintifik dan fiqh, sebaliknya memerlukan pendekatan integratif yang menyeluruh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman saintifik responden berada pada tahap yang sangat tinggi, mencerminkan kesedaran kukuh terhadap sifat fisiologi dan patologi keputihan. Walau bagaimanapun, tahap kefahaman fiqh hanya berada pada tahap sederhana-tinggi, dengan wujudnya jurang yang ketara dalam aspek pembezaan praktikal serta kefahaman hukum secara terperinci. Hal ini menandakan bahawa meskipun maklumat saintifik berjaya difahami dengan baik, dimensi hukum syarak masih memerlukan pengukuhan yang lebih sistematik dan berterusan. Dari aspek amalan, majoriti responden berjaya menterjemahkan kefahaman fiqh ke dalam tindakan praktikal, termasuk memperbaharui wudhu’, menjaga kebersihan diri, serta menggunakan alat sokongan moden seperti pantyliner . Walau bagaimanapun, keputihan tetap memberi kesan sederhana terhadap kelancaran ibadah, terutamanya melalui gejala waswas yang berulang. Keadaan ini membuktikan bahawa kefahaman asas semata-mata tidak memadai, sebaliknya aspek psikologi dan keyakinan beribadah turut memerlukan penekanan khusus. Lebih penting lagi, dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan terhadap pendidikan dan sokongan bersepadu berada pada tahap yang sangat tinggi. Responden menekankan keutamaan bimbingan fiqh yang jelas, kolaborasi antara doktor dan autoriti agama, serta penggunaan medium pendidikan digital yang mesra pengguna. Keputusan ini memberikan arah ke hadapan bagi pembangunan modul pendidikan bersepadu yang mengintegrasikan ilmu kesihatan reproduktif, fiqh wanita, psikologi, serta teknologi pendidikan kontemporari. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan wacana ilmiah mengenai keputihan sebagai isu multidisiplin yang merentas bidang perubatan, fiqh, dan psikologi. Implikasi praktikalnya amat signifikan, khususnya kepada pembuat dasar, institusi fatwa, pakar perubatan, dan pendidik dalam merangka intervensi bersepadu yang dapat mengurangkan keraguan, meningkatkan keyakinan ibadah, serta memastikan keseimbangan antara tuntutan syariat dan keperluan kesihatan moden. Penghargaan: Para penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Rujukan Ibadat Haji (RAJIH), Lembaga Tabung Haji atas sokongan dan tajaan melalui Projek No. USIM/LTH/FSU/LUAR- S/44925. RUJUKAN 1. Afriani, D. (2023). Edukasi Tentang Keputihan (Flour Albus). Penerbit NEM. 2. Al- Nawawī, Y. ibn S. (2000). Al- Majmū‘ sharḥ al-Muhadhdhab. Cairo: Idārat al- Ṭibā‘ah al- Munīriyyah, Maṭba‘at al - Taḍāmun al - Akhawīyah. 3. Al- Shīrāzī, I. I. (1995). Al-Muhadhdhab fī fiqh al- Imām al- Shāfi‘ī. Beirut: Dār al-Kutub al- ‘Ilmiyyah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=