E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 340 Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa tahap amalan dan aplikasi fiqh dalam pengurusan keputihan adalah tinggi. Responden bukan sahaja memahami konsep asas hukum berkaitan keputihan, malah menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan praktikal yang jelas. Walaupun terdapat sedikit variasi dalam kefahaman mengenai kedudukan keputihan sebagai uzur syar‘i, majoriti responden tetap menunjukkan kepatuhan konsisten terhadap syarat kebersihan dan kesahan ibadah. Dapatan ini membuktikan bahawa kefahaman fiqh telah berjaya diterjemahkan dalam amalan seharian, dengan sokongan strategi moden seperti penggunaan tuala wanita. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kesepaduan antara tuntutan agama dan pendekatan kesihatan kontemporari dalam pengurusan keputihan dalam kalangan wanita Muslim. Gangguan Ibadah akibat keputihan Dapatan kajian dalam Jadual 8 menunjukkan bahawa tahap gangguan ibadah yang dialami oleh responden akibat masalah keputihan berada pada tahap sederhana, dengan skor purata keseluruhan Min = 3.04 (SP = 1.12). Taburan responden memperlihatkan bahawa 34.5% berada pada tahap sederhana, 34.0% pada tahap tinggi, manakala 31.5% pada tahap rendah. Pola ini menggambarkan bahawa meskipun sebahagian besar wanita Muslim dapat menguruskan isu keputihan dengan baik, masih terdapat sebahagian besar yang berhadapan dengan gangguan ketara dalam pelaksanaan ibadah harian. Jadual 8: Tahap Gangguan Ibadah akibat keputihan Tahap Kekerapan Peratusan Min SP Rendah (1.00-2.33) 137 31.5 3.04 1.12 Sederhana (2.34 -3.67) 150 34.5 Tinggi (3.68 – 5.00) 148 34.0 Secara lebih terperinci, analisis dalam Jadual 9 memperlihatkan isu-isu khusus yang menjadi punca gangguan. Item “Saya sering berasa was - was tentang kesucian pakaian dan wuduk akibat keputihan” mencatatkan skor sederhana (Min = 3.33, SP = 1.40). Hal ini menunjukkan bahawa keraguan ( waswas ) terhadap kesucian diri dan pakaian merupakan pengalaman lazim dalam kalangan responden. Keadaan ini selari dengan dapatan Mohd Yusoff (2017) bahawa masalah fisiologi seperti inkontinens urin sering mencetuskan kerisauan berulang terhadap kesahan wudhu’, sekali gus menjejaskan ketenangan ibadah. Seterusnya, item “Saya berasa kesukaran menunaikan solat kerana masalah keputihan yang berulang - ulang” merekodkan skor purata hampir sama (Min = 3.27, SP = 1.41). Keputusan ini memperlihatkan bahawa masalah keputihan kerap dianggap sebagai halangan praktikal dan kerohanian dalam menunaikan solat dengan sempurna. Dapatan ini konsisten dengan penegasan Satra et al. (2025) bahawa keputihan sering mencetuskan kebingungan dan waswas kerana wanita Muslim berasa bimbang terhadap status kesucian diri serta sah atau batalnya ibadah. Walau bagaimanapun, dapatan bagi item “Saya kerap mengalami rasa was-was tentang sah atau batalnya solat kerana keputihan” lebih rendah (Min = 2.88, SP = 1.43). Hal ini memberi indikasi bahawa majoriti responden masih memiliki tahap keyakinan asas yang baik terhadap kesahan ibadah mereka, terutamanya apabila prinsip uzur syar‘i difahami dan diamalkan. Dapatan ini bertepatan dengan pandangan fuqaha’ bahawa keadaan dā’im al - ḥadath , termasuk keputihan berterusan, tidak menggugurkan kewajipan solat, sebaliknya diberi kelonggaran melalui rukhsah (al- Syīrāzī, 1995; al - Nawawī, 2000). Akhir sekali, item “Saya mengalami kesukaran menunaikan ibadah (solat, puasa, umrah/haji) kerana

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=