E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 339 manakala hanya 3.0% pada tahap rendah. Keputusan ini menandakan bahawa majoriti wanita Muslim bukan sahaja memiliki kefahaman fiqh berkaitan keputihan, malah mengaplikasikannya secara konsisten dalam kehidupan seharian, khususnya bagi memastikan kesahan ibadah. Jadual 6: Tahap Amalan dan Aplikasi Fiqh dalam Pengurusan Keputihan Tahap Kekerapan Peratusan Min SP Rendah (1.00-2.33) 13 3.0 4.23 0.70 Sederhana (2.34 -3.67) 113 26.0 Tinggi (3.68 – 5.00) 309 71.0 Analisis terperinci terhadap item dalam Jadual 7 memberikan gambaran yang lebih jelas. Item “Saya berpendapat bahawa keputihan yang keluar secara berterusan boleh dianggap uzur syar‘i, dan ibadah masih sah jika saya sudah berwuduk selepas masuk waktu solat” memperoleh skor sederhana tinggi (Min = 3.86, SP = 1.19). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden memiliki kesedaran yang baik terhadap konsep rukhsah dalam fiqh, iaitu keputihan berterusan boleh dikategorikan sebagai uzur syar‘i . Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai yang agak besar menunjukkan bahawa kefahaman ini masih berbeza antara individu, dengan sebahagian kecil responden belum jelas tentang aplikasi prinsip fiqh tersebut. Item kedua, “Saya membersihkan diri dan mengambil wuduk setiap kali sebelum solat apabila mengalami keputihan” , merekodkan skor purata tinggi (Min = 4.49, SP = 0.86). Dapatan ini menggambarkan bahawa majoriti responden mengamalkan langkah praktikal yang selari dengan tuntutan syarak, iaitu menjaga kebersihan diri dan memperbaharui wuduk sebelum solat. Amalan ini menunjukkan kepatuhan yang kukuh terhadap syarat kesucian solat, selari dengan penegasan Mohd Yusoff (2017) bahawa wanita yang berhadapan dengan masalah fisiologi lazimnya mengambil langkah berhati-hati dengan memperbaharui wuduk bagi mengelakkan keraguan ( waswas ) dalam ibadah. Seterusnya, item “Saya menggunakan tuala wanita/pantyliner untuk memastikan cecair keputihan tidak terkena pakaian” turut mencatatkan skor tinggi (Min = 4.34, SP = 1.09). Penemuan ini mengesahkan adanya integrasi antara tuntutan agama dan amalan kesihatan moden. Dapatan ini selari dengan Habibah et al. (2023) dan Ramadhan et al. (2022) yang menegaskan bahawa penggunaan tuala wanita atau pantyliner bukan sahaja membantu menjaga kebersihan organ intim, tetapi juga memastikan syarat kesucian solat dapat dipelihara. Hal ini menunjukkan bahawa wanita Muslim bersedia menggabungkan panduan fiqh dengan strategi kebersihan kontemporari, sekali gus mengurangkan risiko waswas dan memudahkan pelaksanaan ibadah. Jadual 7: Purata dan Sisihan Piawai bagi item Amalan dan Aplikasi Fiqh dalam Pengurusan Keputihan Item Min SP Saya berpendapat bahawa keputihan yang keluar secara berterusan boleh dianggap uzur syar‘i, dan ibadah masih sah jika saya sudah berwuduk selepas masuk waktu solat. 3.86 1.19 Saya membersihkan diri dan mengambil wuduk setiap kali sebelum solat apabila mengalami keputihan. 4.49 .86 Saya menggunakan tuala wanita / pantyliner untuk memastikan cecair keputihan tidak terkena pakaian. 4.34 1.09

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=