E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 338 dalam aspek pembezaan praktikal antara jenis cecair yang mempunyai implikasi hukum berbeza. Kekeliruan ini berpotensi menjejaskan keyakinan ibadah, khususnya berkaitan status wudhu’ dan mandi wajib, kerana perbezaan kecil pada sifat cecair boleh membawa implikasi hukum yang berbeza. Bagi item “Saya percaya semua keputihan adalah najis” , skor sederhana-tinggi dicatatkan (Min = 3.62, SP = 1.42). Dapatan ini mencerminkan kecenderungan responden untuk mengikuti pandangan jumhur ulama’ dan mazhab Syafie yang menegaskan kenajisan keputihan. Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai yang besar memperlihatkan adanya variasi kefahaman, kemungkinan dipengaruhi oleh pandangan alternatif mazhab lain, seperti Mālikī yang lebih longgar dalam keadaan dā’im al - ḥadath (Resolusi Muzakarah Haji ke-39, 2022). Akhir sekali, item “Saya percaya hanya keputihan yang disebabkan penyakit adalah najis” (selepas reverse coding ) memperoleh skor sederhana (Min = 3.51, SP = 1.33). Hal ini menunjukkan bahawa secara purata, responden menolak pandangan yang mengehadkan kenajisan kepada keputihan berpenyakit sahaja. Dapatan ini selari dengan pendirian mazhab Syafie, namun nilai sisihan piawai yang sederhana membuktikan bahawa masih terdapat sebahagian kecil responden yang cenderung kepada kefahaman longgar ini. Jadual 5: Purata dan Sisihan Piawai bagi item Kefahaman Fiqh terhadap Keputihan Item Min SP Saya tahu pandangan mazhab Syafie tentang hukum keputihan. 3.50 1.19 Saya tahu bahawa cecair keputihan adalah kelembapan faraj yang diragui sifatnya antara wadi atau peluh. 4.21 1.11 Saya boleh membezakan cecair yang keluar samada wadi, mazi, mani, keputihan atau peluh. 3.54 1.18 Saya percaya semua keputihan adalah najis. 3.62 1.42 Saya percaya hanya keputihan yang disebabkan penyakit adalah najis. 3.51 1.33 Apabila dianalisis secara menyeluruh, dapatan ini menunjukkan bahawa kefahaman fiqh responden mengenai keputihan cenderung berasaskan hukum mazhab Syafie, namun masih terdapat kelemahan dalam aspek pembezaan praktikal dan keyakinan hukum. Walaupun majoriti responden menyedari bahawa keputihan termasuk dalam kategori cecair yang perlu diberi perhatian khusus serta berpegang kepada pandangan bahawa ia adalah najis, masih terdapat variasi kefahaman yang ketara dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, responden menunjukkan kesedaran umum yang baik tentang hukum fiqh berkaitan keputihan. Namun demikian, mereka memerlukan pendedahan yang lebih sistematik dan mendalam untuk mengukuhkan kefahaman terperinci. Jurang ini menegaskan kepentingan pembangunan modul fiqh wanita yang bersepadu, dengan penekanan kepada aspek pembezaan jenis cecair, justifikasi hukum, dan implikasinya terhadap kesahan ibadah. Dengan demikian, keyakinan beribadah dapat diperkukuh, manakala keraguan ( waswas ) dapat diminimumkan. Amalan dan Aplikasi Fiqh dalam Pengurusan Keputihan Dapatan kajian dalam Jadual 6 menunjukkan bahawa tahap amalan dan aplikasi fiqh responden dalam pengurusan keputihan berada pada tahap tinggi, dengan skor purata keseluruhan Min = 4.23 (SP = 0.70). Sebahagian besar responden (71.0%) berada pada tahap tinggi, diikuti oleh 26.0% pada tahap sederhana,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=