E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 337 Saya tahu perbezaan keputihan biasa dan keputihan yang berpenyakit dari segi bau, rasa, dan warna. 4.17 1.06 Saya mendapat maklumat tentang keputihan daripada sumber yang sahih (doktor, ustazah, buku, fatwa). 4.39 .82 Secara keseluruhannya, analisis ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman saintifik responden terhadap isu keputihan berada pada tahap yang tinggi. Responden bukan sahaja memiliki kesedaran asas yang kukuh, malah mempunyai pemahaman yang baik tentang sifat fisiologi dan potensi patologi keputihan. Di samping itu, mereka turut menunjukkan kecenderungan positif untuk merujuk kepada sumber maklumat yang berautoriti seperti doktor, ilmuwan agama, bahan bacaan, dan fatwa rasmi. Walaupun wujud sedikit jurang dalam aspek pembezaan ciri klinikal keputihan normal dan keputihan berpenyakit, dapatan ini tetap membuktikan bahawa wanita Muslim di Malaysia berada pada tahap kesediaan yang tinggi untuk mengintegrasikan maklumat saintifik dengan kefahaman agama dalam memahami serta mengurus isu keputihan secara seimbang. Kefahaman Fiqh terhadap Keputihan Hasil kajian yang dirumuskan dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa tahap kefahaman fiqh responden terhadap isu keputihan berada pada tahap sederhana-tinggi, dengan skor purata keseluruhan Min = 3.68 (SP = 0.65). Taburan responden memperlihatkan hampir separuh (49.9%) berada pada tahap sederhana, 48.7% berada pada tahap tinggi, manakala hanya 1.4% berada pada tahap rendah. Dapatan ini menggambarkan bahawa meskipun pengetahuan saintifik responden terhadap keputihan berada pada tahap tinggi, pemahaman fiqh mereka masih bercampur-campur, dengan wujudnya jurang kefahaman yang ketara antara individu. Jadual 4: Tahap Kefahaman Fiqh terhadap Keputihan Tahap Kekerapan Peratusan Min SP Rendah (1.00-2.33) 6 1.4 3.68 0.65 Sederhana (2.34 -3.67) 217 49.9 Tinggi (3.68 – 5.00) 212 48.7 Secara khusus, item “Saya tahu pandangan mazhab Syafie tentang hukum keputihan” mencatatkan skor purata sederhana (Min = 3.50, SP = 1.19). Hal ini menunjukkan bahawa meskipun mazhab Syafie merupakan rujukan utama masyarakat Muslim di Malaysia, tahap kefahaman responden terhadap hukum berkaitan keputihan masih terbatas. Sebahagian responden hanya memahami secara asas, namun kurang mendalam, khususnya dalam aspek perincian hukum yang melibatkan kenajisan dan kesahan ibadah. Bagi item “Saya tahu bahawa cecair keputihan adalah kelembapan faraj yang diragui sifatnya antara wadi atau peluh” , dapatan mencatatkan skor tinggi (Min = 4.21, SP = 1.11). Hal ini menunjukkan bahawa responden menyedari keputihan termasuk dalam kategori syubhah (keraguan) yang sering diperdebatkan fuqaha’. Kesedaran ini penting kerana ia menandakan pengiktirafan terhadap keperluan penelitian fiqh dalam menentukan status hukum, sebagaimana dibincangkan oleh al- Syīrāzī (1995) yang mengaitkan kedudukan keputihan dengan analogi hukum istihāḍah . Seterusnya, item “Saya boleh membezakan cecair yang keluar sama ada wadi, mazi, mani, keputihan atau peluh” memperoleh skor sederhana (Min = 3.54, SP = 1.18). Dapatan ini menunjukkan kelemahan ketara

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=