E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 336 mencerminkan keberkesanan pendidikan kesihatan moden yang menekankan bahawa keputihan merupakan mekanisme fisiologi normal dalam mengekalkan kelembapan dan melindungi ekosistem faraj. Namun demikian, sejajar dengan penegasan kajian terdahulu, ia juga boleh menjadi indikator awal kepada jangkitan yang memerlukan perhatian klinikal (Afriani, 2023; Dorjey, 2022). Jadual 2: Tahap Kefahaman Saintifik tentang Keputihan Tahap Kekerapan Peratusan Min SP Rendah (1.00-2.33) 2 .5 4.50 0.57 Sederhana (2.34 -3.67) 31 7.1 Tinggi (3.68 – 5.00) 402 92.4 Secara lebih terperinci, Jadual 3 menunjukkan bahawa item “Saya pernah mendengar istilah keputihan” merekodkan skor purata tertinggi (Min = 4.86, SP = 0.51). Dapatan ini membuktikan bahawa hampir keseluruhan responden telah terdedah kepada istilah tersebut, sama ada melalui pendidikan formal, pengalaman peribadi, atau pendedahan media. Nilai sisihan piawai yang rendah turut menandakan tahap kesepakatan yang tinggi dalam kalangan responden. Item “Saya tahu bahawa keputihan boleh bersifat normal atau berpunca daripada penyakit” juga memperoleh skor yang tinggi (Min = 4.58, SP = 0.68). Keputusan ini selari dengan literatur perubatan yang menegaskan bahawa keputihan merupakan fenomena fisiologi normal, namun dalam keadaan tertentu boleh menjadi petanda awal kepada jangkitan (Afriani, 2023; Dorjey, 2022; Junair et al., 2023). Kefahaman ini penting kerana ia menunjukkan keupayaan responden untuk membezakan antara keputihan sebagai mekanisme fisiologi normal dengan keputihan yang berfungsi sebagai simptom penyakit, sebagaimana yang ditegaskan dalam sorotan literatur. Bagi item “Saya tahu perbezaan keputihan biasa dan keputihan yang berpenyakit dari segi bau, rasa, dan warna”, skor yang dicatatkan adalah pada tahap sederhana tinggi (Min = 4.17, SP = 1.06). Walaupun majoriti responden menunjukkan kefahaman yang baik, nilai sisihan piawai yang agak besar menunjukkan wujudnya variasi pengetahuan dalam kalangan responden. Hal ini membayangkan bahawa sebahagian responden masih kurang jelas dalam membezakan ciri-ciri klinikal yang memerlukan perhatian perubatan. Keadaan ini bertepatan dengan penegasan Marhaeni (2016) dan Junair et al. (2023) bahawa proses diagnosis sistematik adalah penting bagi memastikan rawatan yang tepat dan berkesan. Selain itu, item “Saya mendapat maklumat tentang keputihan daripada sumber yang sahih (doktor, ustazah, buku, fatwa)” turut mencatatkan skor tinggi (Min = 4.39, SP = 0.82). Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden bukan sahaja terdedah kepada maklumat umum, tetapi juga merujuk kepada sumber berautoriti. Hal ini selari dengan penegasan dalam literatur bahawa kefahaman tentang keputihan wajar dilihat secara integratif, iaitu bukan sekadar dari sudut klinikal, tetapi juga perlu dihubungkan dengan kefahaman agama dan rujukan fiqh (Marhaeni, 2016; Dorjey, 2022). Jadual 3: Purata dan Sisihan Piawai bagi item Kefahaman Saintifik tentang Keputihan Item Min SP Saya pernah mendengar istilah keputihan 4.86 .51 Saya tahu bahawa keputihan boleh bersifat normal atau berpunca daripada penyakit. 4.58 .68
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=