E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 335 pendidikan agama, penglibatan mereka dalam program keilmuan secara berterusan masih berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, profil responden memperlihatkan dominasi golongan dewasa muda dan pertengahan dengan tahap pendidikan umum yang tinggi, disokong oleh latar pendidikan agama yang pelbagai. Walau bagaimanapun, keterlibatan mereka dalam aktiviti pendidikan agama tidak konsisten, sekali gus mencerminkan cabaran masyarakat Muslim berpendidikan tinggi untuk mengekalkan kesinambungan penghayatan ilmu melalui penglibatan keilmuan yang berterusan. Dapatan ini menjadi asas penting dalam memahami pola kefahaman saintifik dan fiqh wanita Muslim, serta hubungannya dengan isu keputihan dan keyakinan ibadah Jadual 1: Demografi Responden Item Kekerapan Peratus (%) Umur < 18 tahun 1 .2 18 – 25 tahun 82 18.9 26 – 35 tahun 141 32.4 36 – 45 tahun 135 31.0 > 45 tahun 76 17.5 Tahap Pendidikan Umum Sekolah Menengah 27 6.2 Diploma/STPM/STAM 55 12.6 Ijazah Sarjana Muda 284 65.3 Ijazah Sarjana / PhD 69 15.9 Tahap Pendidikan Agama Tiada pendidikan formal agama 87 20.0 Sekolah rendah agama 79 18.2 Sekolah menengah agama / tahfiz 118 27.1 Pendidikan pondok 3 .7 Pendidikan formal di universiti Islam / pengajian mendalam 148 34.0 Kekerapan menghadiri kuliah / ceramah fiqh wanita Tidak pernah 41 9.4 Setahun sekali atau kurang 103 23.7 Sekali-sekala (beberapa kali setahun) 238 54.7 Sebulan sekali 25 5.7 Mingguan / lebih kerap 28 6.4 Kefahaman Saintifik tentang Keputihan Bagi mengukur tahap kefahaman saintifik responden mengenai isu keputihan, skor min telah dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu rendah (1.00 – 2.33), sederhana (2.34 – 3.67), dan tinggi (3.68 – 5.00). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman saintifik responden berada pada tahap yang sangat tinggi, dengan skor purata keseluruhan Min = 4.50 (SP = 0.57) seperti yang dirumuskan dalam Jadual 2. Secara terperinci, sebahagian besar responden (92.4%) berada pada tahap tinggi, 7.1% berada pada tahap sederhana, manakala hanya 0.5% berada pada tahap rendah. Keputusan ini mengesahkan bahawa fenomena keputihan bukan sahaja dikenali secara meluas, malah difahami dengan baik dari perspektif saintifik oleh responden. Tahap kesedaran yang tinggi ini
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=