E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 333 menjelaskan bahawa wanita yang mengalami masalah kencing tidak terkawal cenderung mengulangi wudhu’ dan solat kerana bimbang ibadah mereka tidak sah akibat kebocoran air kencing. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran pelaksanaan ibadah, malah menimbulkan tekanan psikologi kerana terbeban dengan keperluan mengulangi amalan secara berulang kali. Satra et al. (2025) pula menegaskan bahawa masalah keputihan secara khusus menjadi antara faktor utama yang mencetuskan waswas dan kebingungan dalam kalangan wanita Muslim ketika beribadah. Keraguan berterusan terhadap status kesucian diri dan kesahan wudhu’ menyebabkan mereka kehilangan keyakinan, sekali gus menjejaskan tumpuan dan ketenangan ketika solat. Walaupun keadaan ini tidak semestinya dikategorikan sebagai gangguan psikologi yang serius, ia tetap memberi kesan signifikan terhadap kualiti ibadah serta kesejahteraan spiritual wanita Muslim. Keperluan Pendidikan dan Sokongan Bersepadu Pendidikan bersepadu yang mengintegrasikan ilmu fiqh wanita dan kesihatan reproduktif dilihat sebagai pendekatan utama untuk mengurangkan kekeliruan serta meningkatkan keyakinan ibadah. Pendekatan ini bukan sahaja menekankan aspek saintifik berkaitan fungsi fisiologi wanita, tetapi turut menghubungkannya dengan tuntutan syarak agar wanita Muslim dapat mengurus isu keputihan secara lebih yakin, seimbang, dan praktikal. Junair et al. (2023) menegaskan bahawa penggunaan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, infografik interaktif, dan podcast mampu menjadi medium pendidikan kesihatan yang berkesan, khususnya bagi kelompok wanita muda yang lebih cenderung kepada sumber maklumat digital. Selain itu, pendidikan bersepadu perlu diperkasa melalui program kesihatan yang sistematik serta disokong oleh autoriti agama. Habibah et al. (2023) mencadangkan agar kempen komuniti dan kerjasama institusi agama digerakkan untuk memberikan kefahaman yang jelas bahawa kebersihan organ intim wanita mempunyai kaitan langsung dengan syarat sah solat. Pendekatan integratif ini berpotensi membantu wanita Muslim memahami aspek saintifik dan fiqh secara serentak, sekali gus mengurangkan keraguan ( waswas ) dan memperkukuh keyakinan dalam ibadah harian. METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan ( survey research design ) bagi menilai tahap kefahaman saintifik, kefahaman fiqh, persepsi hukum kenajisan, amalan pengurusan keputihan, gangguan ibadah, serta keperluan pendidikan bersepadu dalam kalangan wanita Muslim di Malaysia. Reka bentuk ini dipilih kerana ia membolehkan pengukuran corak respons, tahap pengetahuan, serta persepsi responden dilakukan dalam skala besar secara terukur dan sistematik. Populasi kajian terdiri daripada wanita Muslim berumur 18 hingga 50 tahun yang menetap di Malaysia. Melalui kaedah persampelan bertujuan ( purposive sampling ), seramai 435 responden dipilih berdasarkan kriteria berikut: (i) wanita Muslim dan (ii) bersetuju secara sukarela untuk menyertai kajian. Saiz sampel ini dianggap mencukupi kerana melebihi bilangan minimum yang disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970) bagi populasi besar, sekali gus memberikan asas yang kukuh untuk generalisasi dapatan. Instrumen kajian berupa soal selidik berstruktur yang dibangunkan berasaskan sorotan literatur, rujukan fiqh wanita, garis panduan kesihatan reproduktif, serta input daripada pakar perubatan dan syariah. Soal selidik ini dibahagikan kepada enam bahagian utama, iaitu: (i) demografi responden (umur, tahap pendidikan umum, tahap pendidikan agama, kekerapan menghadiri kuliah/ceramah fiqh wanita), (ii) tahap kefahaman saintifik tentang keputihan (4 item), (iii) tahap kefahaman fiqh (5 item), (iv) amalan aplikasi fiqh dalam pengurusan keputihan (3 item), (v) gangguan ibadah akibat keputihan (4 item), serta (vi) keperluan pendidikan dan sokongan bersepadu (6 item). Semua item menggunakan skala Likert lima mata

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=