E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 323 Jadual 3. Umur Responden Item N % 30 – 39 tahun 7 12.5 40 – 49 tahun 19 33.9 50 – 59 tahun 22 39.3 60 tahun ke atas 8 14.3 Total 56 100.0 Dari segi tahap pendidikan, seramai 44.6% responden mempunyai ijazah sarjana muda, 26.8% memiliki ijazah sarjana, dan 16.1% berkelulusan PhD. Hanya 10.7% responden mempunyai kelulusan Diploma/STPM/Matrikulasi, manakala seorang responden (1.8%) berpendidikan setakat sekolah menengah (Jadual 3). Taburan ini menunjukkan majoriti responden mempunyai pendidikan tinggi dan pendedahan kepada pengajian Islam seperti dalam Jadual 4 dan 5. Jadual 4. Tahap Pendidikan Responden N % Sekolah Menengah 1 1.8 Diploma / STPM / Matrikulasi 6 10.7 Ijazah Sarjana Muda 25 44.6 Ijazah Sarjana 15 26.8 PhD 9 16.1 Total 56 100.0 Jadual 5. Pendedahan kepada pengajian Islam N % Peringkat sekolah (rendah/menengah) 38 67.9 Sijil 4 Thanawi 1 1.8 Sijil/Diploma Pengajian Islam 4 7.1 Sarjana Muda/Sarjana/ PhD Pengajian Islam 13 23.2 Total 56 100.0 Secara keseluruhan, analisis sosiodemografi ini (Jadual 2-5) memberikan asas deskriptif yang penting dalam memahami profil responden kajian. Ia juga menyediakan latar belakang yang diperlukan untuk menilai dapatan seterusnya mengenai tahap penerimaan jemaah terhadap Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK). B. Tahap Penerimaan Jemaah Haji berkaitan Hukum Ibadah Haji berdasarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Setelah meneliti aspek demografi, analisis seterusnya memfokuskan kepada tahap kefahaman dan penerimaan jemaah haji terhadap Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK). Bahagian ini menilai sejauh mana resolusi tersebut difahami dan diterima oleh jemaah berdasarkan item-item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kesedaran, kefahaman dan penerimaan jemaah terhadap MHPK adalah positif secara umum seperti dalam Jadual 6, namun masih terdapat jurang dalam aspek penyebaran maklumat dan pengaplikasiannya dalam amalan persediaan haji.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=