E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 322 bagi memastikan keterwakilan responden dari seluruh Malaysia. Instrumen kajian ialah borang soal selidik berstruktur yang dibangunkan berdasarkan literatur terdahulu serta resolusi MHPK yang berkaitan. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian utama: (A) maklumat sosiodemografi dan pengalaman haji dan (B) tahap penerimaan jemaah haji berkaitan hukum ibadah haji berdasarkan resolusi muzakarah haji peringkat kebangsaan (MHPK. Skala Likert lima mata digunakan untuk menilai tahap persetujuan responden, bermula daripada 1 = sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju. Skor Alpha Cronbach yang diperolehi bagi 19 item soalan bahagian B adalah 90% iaitu melebihi skor 70% setelah ujian kebolehpercayaan Alpha Cronbach dibuat sebagaimana jadual 1 di bawah. Ini menunjukkan bahawa item- item di dalam bahagian B adalah boleh dipercayai untuk menguji tahap penerimaan jemaah haji berkaitan hukum ibadah haji berdasarkan MHPK pada tahap 90%. Jadual 1: Dapatan Alpha Cronbach Alpha Cronbach N of Items .900 19 Prosedur pengumpulan data dijalankan secara dalam talian dan bersemuka bergantung kepada kesesuaian lokasi dan capaian responden. Data dikumpul dalam tempoh tiga bulan, melibatkan penyertaan secara sukarela dan kerahsiaan maklumat dijamin. Kaedah analisis data melibatkan analisis deskriptif (Kamis & Wahab, 2021). Analisis deskriptif digunakan untuk menilai taburan frekuensi, min, sisihan piawai serta tahap penerimaan dan kefahaman responden. Semua analisis dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dengan pendekatan ini, dapatan kajian dijangka memberikan gambaran empirikal yang jelas mengenai tahap penerimaan jemaah haji terhadap resolusi MHPK. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN A. Maklumat Sosiodemografi Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan dan pendedahan kepada pengajian Islam. Analisis demografi ini penting kerana ia memberikan gambaran awal tentang keterwakilan sampel kajian. Analisis deskriptif menunjukkan latar belakang responden adalah kebanyakan dari Zon Barat iaitu majoriti responden adalah dari Zon Barat iaitu Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya dengan 51.8%, diikuti oleh Zon Utara (35.7%) dan Zon Selatan (8.9%). Zon Timur serta Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatkan hanya 1.8% seperti dalam Jadual 2. Jadual 2. Maklumat Lokaliti Responden Item N % Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) 20 35.7 Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) 5 8.9 Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) 1 1.8 Barat (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) 29 51.8 Sabah / Sarawak 1 1.8 Bagi faktor umur, kumpulan terbesar adalah responden berusia 50 – 59 tahun (39.3%), diikuti 40 – 49 tahun (33.9%). Responden berusia 30 – 39 tahun mewakili 12.5%, manakala mereka yang berusia 60 tahun ke atas membentuk 14.3% seperti dalam Jadual 3.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=