E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 324 Jadual 6: Pengetahuan Responden tentang kewujudan MHPK N % Ya 32 57.1% Tidak 24 42.9% Jadual 6 telah menunjukkan bahawa hanya 57.1% responden mengetahui kewujudan Resolusi MHPK, manakala 42.9% tidak menyedarinya. Analisis lanjut menunjukkan bahawa kursus haji menjadi saluran utama penyebaran maklumat, dengan 50.0% responden mengetahui tentang MHPK melalui kursus Tabung Haji atau swasta. Sumber lain termasuk laman sesawang Tabung Haji (21.4%), media massa seperti televisyen dan radio (25.0%), media sosial seperti Facebook dan YouTube (19.8%), serta orang awam (12.5%). Hal ini menunjukkan bahawa kursus rasmi kekal sebagai mekanisme utama penyebaran, tetapi capaian melalui media digital dan media tradisional masih terhad. Kajian juga mendapati bahawa responden menggunakan pelbagai sumber dalam membuat persediaan haji. Kursus haji yang dianjurkan Tabung Haji atau pengendali swasta merupakan sumber dominan (94.6%), diikuti buku panduan dan risalah (83.9%). Sebanyak 69.6% menggunakan internet dan media sosial, 66.1% mendapatkan panduan daripada ustaz atau penceramah agama, dan 57.1% daripada keluarga atau rakan. Televisyen dan radio mencatatkan hanya 28.6%. Dapatan ini menunjukkan kebergantungan tinggi kepada kursus rasmi dan bahan bercetak, sejajar dengan literatur yang menekankan peranan autoriti institusi dalam membentuk kefahaman ibadah haji (Abidin et al., 2022; Bhatti et al., 2018). Pada masa sama, penggunaan media sosial yang semakin meluas mengesahkan pandangan Caidi (2019) bahawa teknologi digital semakin menjadi pelengkap dalam proses pembelajaran ibadah. Rif’ah & Tamam (2019) yang menegaskan bahawa pembelajaran formal melalui kursus perlu dilengkapi dengan sokongan pelbagai sumber lain untuk meningkatkan kefahaman praktikal jemaah. Ia juga menunjukkan bahawa meskipun media sosial dan internet semakin mendapat tempat, autoriti utama masih diberikan kepada kursus rasmi dan bahan bercetak yang berautonomi. Secara terperinci, Jadual 7 menujukkan tahap penerimaan penerimaan responden berkaitan hukum ibadah haji berdasarkan MHPK. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengiktiraf Resolusi MHPK sebagai panduan sahih dari sudut syarak (Min=4.28, SP=0.68), serta membantu memahami isu semasa yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah haji (Min=4.18, SP=0.64). Resolusi juga dilihat menepati garis panduan rasmi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (Min=4.28, SP=0.68), sekaligus memperkukuh kredibilitinya. Walau bagaimanapun, peranan MHPK dalam mengelakkan kekeliruan dinilai sederhana tinggi (Min=4.09, SP=0.89), menunjukkan masih terdapat keraguan dalam kalangan sebahagian jemaah. Dari segi kefahaman, kandungan resolusi dianggap mudah difahami (Min=4.03, SP=0.82) dan berguna untuk situasi luar jangka (Min=4.15, SP=0.72). Pengiktirafan rasmi turut meningkatkan keyakinan responden terhadap resolusi ini (Min=4.18, SP=0.69), manakala relevansinya dengan realiti ibadah semasa turut diiktiraf (Min=4.09, SP=0.73). Penerimaan ini diperkuatkan dengan pandangan bahawa resolusi meningkatkan keberkatan ibadah (Min=4.21, SP=0.70), menonjolkan nilai spiritual yang dikaitkan dengannya. Walaupun begitu, jemaah masih cenderung bergantung kepada pelbagai sumber lain. MHPK tidak dijadikan sumber eksklusif kerana mereka turut merujuk kepada JAKIM, JAWHAR dan JAIN (Min=4.21, SP=0.70) namun masih menunjukkan kepercayaan tinggi terhadap Tabung Haji (Min=4.18, SP=0.78). Malah, buku panduan Tabung Haji (Min=3.81, SP=1.09), kursus rasmi (Min=3.84, SP=1.05) dan taklimat haji (Min=3.90, SP=0.99) dinilai lebih utama berbanding resolusi itu sendiri. Penggunaan media sosial (Min=3.12, SP=1.07) dan rujukan kepada ustaz atau tokoh agama tempatan (Min=3.34, SP=1.06) turut direkodkan, sejajar dengan data tambahan bahawa 69.6% responden menggunakan internet dan 66.1% merujuk kepada ustaz atau penceramah agama sebagai sumber persediaan. Sebahagian kecil responden berpandangan bahawa mereka masih boleh melaksanakan haji tanpa merujuk MHPK (Min=3.25, SP=1.27). Walaupun pandangan ini mewakili minoriti, ia mencerminkan cabaran utama iaitu pengintegrasian resolusi ke dalam sistem persediaan haji yang pelbagai. Namun demikian, majoriti responden

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=