E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 321 Selain aspek pengetahuan, pemahaman jemaah terhadap haji juga dipengaruhi faktor niat, makna sosial, dan naratif komuniti. Kajian etnografi menunjukkan bahawa dorongan status sosial, aspirasi gelaran, dan naratif kolektif komuniti turut membentuk pengalaman serta pemahaman jemaah terhadap ibadah haji (Yahya, 2022). Hal ini menimbulkan jurang antara ajaran normatif dengan interpretasi masyarakat meskipun sokongan institusi tersedia (Yahya, 2022). Oleh itu, “pemahaman” haji tidak boleh didefinisikan hanya sebagai penguasaan fakta, tetapi sebagai gabungan pengetahuan, kepercayaan, insentif sosial dan pertimbangan praktikal (Alawad, 2019; Had, 2019). Perkembangan teknologi turut mengubah bentuk persediaan dan kefahaman jemaah, seperti ditunjukkan dalam Rajah 3 . Inovasi seperti aplikasi mudah alih dengan panduan masa nyata, navigasi lokasi, serta simulasi realiti maya dilaporkan semakin meluas digunakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan jemaah (Caidi, 2019; Sudarto et al., 2023). Walaupun teknologi ini berpotensi memperkukuh persediaan, penyelidik menegaskan bahawa ia mesti berpaksikan kerangka fiqh yang sahih agar tidak menghasilkan panduan tidak berautoriti (Caidi, 2019). Rajah 3. Peranan Teknologi dalam Membentuk Kefahaman Jemaah Haji Dalam konteks Malaysia, kewajipan kursus persediaan dengan silibus standard mencerminkan kesungguhan dasar negara dalam meningkatkan kesiapsiagaan jemaah (Abidin et al., 2022). Walau bagaimanapun, bukti empirikal menunjukkan penguasaan teori dalam kelas sukar diterjemahkan sepenuhnya ke dalam pelaksanaan praktikal, khususnya dalam suasana ibadah sebenar yang sesak, meletihkan, dan penuh cabaran (Hamid Edruce et al., 2014). Hal ini membuktikan bahawa sistem pendidikan haji di Malaysia masih mencari formula optimum untuk menjamin kefahaman yang kukuh, pencegahan kesilapan, serta mekanisme pembetulan pantas apabila kekeliruan timbul (Abidin et al., 2022). Tambahan pula, kefahaman haji juga melibatkan aspek sosial dan ekonomi seperti budaya menabung, pembinaan jaringan sosial, serta identiti pasca-haji yang membentuk kedudukan sosial baharu dalam masyarakat (Alawad, 2019; Had, 2019). Walaupun pelbagai kajian menekankan isu pengetahuan, pedagogi, dan teknologi, peranan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) masih kurang diberi perhatian. Sebagai forum autoritatif yang menghasilkan resolusi berkaitan hukummanasik, isu kontingensi dan panduan praktikal, MHPK sepatutnya menjadi jambatan antara kejelasan fiqh dan realiti operasi jemaah Malaysia (Abidin et al., 2022). Namun, setakat ini, literatur masih belum menilai sejauh mana resolusi tersebut benar-benar difahami, diakses, dan diamalkan oleh jemaah. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menilai tahap kefahaman dan penerimaan jemaah haji terhadap resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK). Reka bentuk kajian berbentuk kajian tinjauan (survey study) kerana ia sesuai untuk mengukur persepsi dan penerimaan responden terhadap sesuatu isu secara menyeluruh. Populasi kajian terdiri daripada jemaah haji Malaysia yang telah menunaikan ibadah haji dalam tempoh lima tahun terakhir. Pemilihan tempoh ini adalah untuk memastikan responden masih mempunyai pengalaman dan ingatan yang relevan mengenai pelaksanaan ibadah serta penerapan resolusi MHPK. Sampel kajian ditentukan menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata mengikut zon (utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=