E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 319 baharu, tahap kepercayaan terhadap pihak berautoriti seperti para ulama dan agensi pengurusan haji, serta persepsi mereka terhadap keberkesanan dan kesesuaian resolusi dalam situasi sebenar, semuanya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap penerimaan dan pematuhan. Oleh itu, teori ini menjadi asas yang signifikan dalammemahami dinamika sosial dan psikologi yang mempengaruhi tingkah laku jemaah haji dalam melaksanakan ibadah berdasarkan ketetapan semasa. Rajah 1. Peranan Teori Penerimaan dalamMemahami Penerimaan Jemaah Haji terhadap Himpunan Resolusi Himpunan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) merupakan wadah autoritatif yang merumuskan panduan fiqh dan pentadbiran haji berdasarkan perbincangan para ulama, fuqaha, serta pakar pentadbiran. Resolusi yang dibentangkan bertujuan untuk menyesuaikan isu-isu hukum dan cabaran praktikal ibadah haji dengan perkembangan semasa (Mohd, 2021; Ahmad & Ismail, 2020; Hassan et al., 2019). Peranan MHPK amat signifikan kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai rujukan fiqh yang sahih, tetapi juga menjadi instrumen utama dalam menyokong keberkesanan pengurusan haji di Malaysia. Namun, tahap penerimaan jemaah haji terhadap resolusi ini masih menjadi persoalan. Walaupun resolusi MHPK dirangka untuk memperkukuh penerimaan ibadah, kajian lepas menunjukkan jurang yang ketara antara garis panduan yang ditetapkan dengan tahap penghayatan jemaah. Sebahagian jemaah hanya memahami rukun dan wajib haji secara asas, tetapi kurang jelas mengenai aspek yang boleh membatalkan atau mencacatkan ibadah (Syed Abdul Aziz et al., 2014). Kekurangan ini sering membawa kepada rasa was-was dan ketidakpuasan dalam pelaksanaan ibadah, walaupun kursus pra-haji diwajibkan. Lebih membimbangkan, penyebaran maklumat yang tidak tepat melalui media sosial turut menimbulkan kekeliruan dan mengganggu penerimaan jemaah terhadap resolusi rasmi (Yusof, 2020; Rahman & Abdullah, 2021). Keadaan ini menunjukkan perlunya penilaian semula tahap penerimaan jemaah haji terhadap resolusi MHPK. Selain faktor pengetahuan agama, elemen seperti latar belakang pendidikan, sumber bimbingan, pengaruh budaya dan sosial, serta inovasi teknologi juga berpotensi membentuk penerimaan jemaah terhadap resolusi (Rif’ah & Tamam, 2019; Jamaludin et al., 2023). Bagi menjawab isu ini, persoalan kajian yang dibangunkan adalah apakah tahap penerimaan jemaah haji terhadap hukum ibadah haji berdasarkan resolusi MHPK? Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan objektif untuk menganalisis tahap penerimaan jemaah haji berkaitan hukum ibadah haji berdasarkan resolusi MHPK. Dengan merungkai persoalan ini, kajian dijangka memberi sumbangan baharu dari sudut empirikal terhadap penerimaan resolusi MHPK yang masih kurang diteliti dalam literatur. Di samping itu, dapatan kajian ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=